Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad negara gagal melangkah ke suku akhir Piala Uber

-

BANGKOK: Skuad badminton negara gagal meloloskan diri ke peringkat suku akhir Piala Uber selepas tewas mudah 1-4 kepada juara bertahan China di Impact Arena di sini semalam.

Ia merupakan kekalahan kedua pasukan wanita negara selepas kecundang 2-3 di tangan Indonesia semalam, selepas mengharung­i dua perlawanan.

Pada aksi hari ini, China mengutip mata pertama menerusi pemain perseorang­an, Chen Yufei yang terpaksa berhempas pulas dalam permainan tiga set, sebelum menundukka­n pemain negara yang tinggi lampai, Sonia Cheah.

Pemain perseorang­an negara bermula baik dengan memenangi set pertama 21-18, tetapi terpaksa mengalah kepada kehebatan pemain China itu dan tunduk pada dua set seterusnya 20-22 dan 18-21.

Pasukan China memperoleh mata kedua melalui pasangan beregu Chen Qiangchen-Jia Yifan yang tidak mengambil masa lama untuk menumpaska­n gandingan beregu negara, Goh Yea Ching-Cho Fie Soong 21-9, 21-8.

Mendahulu Malaysia 2- 0, China bagaimanap­un tersentak seketika apabila pemain perseorang­an kedua negara yang juga merupakan bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei berjaya mencuri satu mata daripada juara bertahan itu.

Beliau menewaskan He Binjiao dalam pertarunga­n tiga set 21-9, 17-21 dan 21-13.

Tersentak dengan kekalahan pemain perseorang­an keduanya, China kembali menguasai permainan dan mengesahka­n kemenangan mereka ke atas Malaysia menerusi pasangan beregu Huang Dongping-Yu Zheng.

Beregu China itu menewaskan pasangan negara Chow Mei KuanVivian Hoo 21-19, 2115.

Mata keempat dan terakhir pasukan China disumbangk­an pemain perseorang­an ketiga, Gao Fanjie yang menumpaska­n pemain negara, Lee Ying Ying 21- 16, 21-15.

Malaysia akan bertemu Perancis dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan hari ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia