Utusan Borneo (Sarawak)

Bintang berbakat itu diletak sebagai pilihan kedua kejohanan selepas ungguli kejuaraan Siri Master di Madrid

-

PARIS, Perancis: Alexander Zverev muncul sebagai ancaman utama kepada kejuaraan Terbuka Perancis milik Rafael Nadal sejak beberapa minggu yang lalu ketika beliau mahu menamatkan penantian 81 tahun untuk juara dari Jerman di Terbuka Perancis.

Pemain berusia 21 tahun itu mengalami kekalahan kelima berturut-turut kepada Nadal di final Terbuka Itali Ahad lepas tetapi cara beliau bangkit dari kekalahan set pertama menunjukka­n kemampuann­ya di permukaan tanah liat.

Bintang berbakat itu tidak pernah melangkah ke peringkat suku akhir di mana-mana kejohanan Grand Slam tetapi beliau akan diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan selepas memenangi kejuaraan Siri Master yang kedua beliau di Madrid apabila menewaskan Dominic Thiem di final.

Satu tempoh 13 kemenangan berturut-turut hanya diakhiri oleh Nadal Ahad lepas dan Zverev mahu meneruskan rentaknya.

“Saya cuba bermain dengan cara yang sama, bermain dengan sama untuk tempoh yang lebih lama pada kejohanan Grand Slam,” kata beliau.

“Sekarang, dalam beberapa hari akan datang, saya tidak berfikir tentang tenis dan selepas itu saya akan ke Paris dan melakukan persediaan yang terbaik untuk cuba bersaing memburu kejuaraan.

“Sudah tentu Rafa akan menjadi pilihan utama, tiada persoalan mengenainy­a. Saya akan berada dalam kelompok berbeza dengan Rafa, jadi ia sememangny­a sesuatu yang menarik.”

Sebelum menewaskan Thiem di Monte Carlo bulan lepas, Nadal berkata Thiem, pemain dari Austria mungkin “salah seorang dari tiga pemain terbaik di permukaan tanah liat ketika ini”, tetapi dalam tempoh dua minggu, beliau melihat Zverev sebagai pencabar yang lebih berbahaya.

Dengan corak permainan yang lebih berani dan agresif, Zverev berjaya mengikat kedudukan dan mendahului kedudukan pada set penentuan sebelum permainan tertangguh dua kali kerana hujan.

Apabila permainan disambung semula, Nadal memenangi lima permainan berturut-turut untuk memenangi perlawanan.

“Saya hampir menewaskan Rafa di permukaan tanah liat pada final Siri Master. Jadi saya fikir saya boleh membawa rentak ini ke Paris,” tambah beliau.

“Pukulan yang baik tetapi sekarang saya mempunyai rekod 0-5. Saya tidak tahu perancanga­nnya tetapi kita akan lihat nanti.”

Kali terakhir pemain dari Jerman menjulang trofi Terbuka Perancis ialah Henner Henkel, yang terbunuh semasa Peperangan Stalingrad perang dunia ke- II pada 1937 di bawah bendera Nazi Jerman.

Kemenangan Henkel ke atas Bunny Austin dari Britain adalah yang ketiga dalam empat tahundi Terbuka Perancis selepas dua kejuaraan untuk Gottfried von Cramm.

Tidak ramai percaya bahawa selepas lebih 80 tahun, Jerman masih

 ?? — Gambar Reuters ?? KENCANG: Zverev melakukan pukulan servis ketika beraksi pada perlawanan final Siri Master menentang Thiem di Madrid, Sepanyol pada 13 Mei lepas. NADAL
— Gambar Reuters KENCANG: Zverev melakukan pukulan servis ketika beraksi pada perlawanan final Siri Master menentang Thiem di Madrid, Sepanyol pada 13 Mei lepas. NADAL
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia