Utusan Borneo (Sarawak)

Klopp tidak risau spekulasi Can ke Juve

-

LONDON, England: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tidak berasa risau dengan spekulasi mendakwa pemainnya, Emre Can hampir bersetuju dengan terma perpindaha­n ke Juventus ketika Liverpool membuat persediaan untuk final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid.

Can, pemain tengah antarabang­sa Jerman, sudah lama dikaitkan dengan Juventus dan satu laporan oleh akhbar The Guardian Isnin lepas mendakwa beliau mungkin akan berpindah ke Juventus tanpa yuran perpindaha­n dan gaji berjumlah lima juta euro semusim.

Ketua Pegawai Eksekutif Juventus, Giuseppe Marotta juga berkata minggu lepas di mana beliau “yakin tentang rundingan yang akan berakhir dengan positif” dengan pemain berusia 24 tahun itu.

“Tiada maklumat,” kata Klopp apabila ditanya tentang masa depan Can pada satu sidang media. “Secara jujurnya, ia tidak penting ketika ini.

“Ketika ini, beliau adalah pemain Liverpool. Ia adalah apa yang menarik perhatian saya. Saya benar-benar tidak tahu (tentang perpindaha­n) tetapi ia tidak penting ketika ini.”

Jika Can membuat penampilan terakhir bersama Liverpool di final Liga JuaraJuara, ia adalah sesuatu yang tidak dijangkaka­n.

Bulan lepas, Klopp berkata beliau menjangkak­an musim Can akan berakhir lebih awal kerana kecederaan dan juga beliau tidak disenaraik­an ke dalam skuad awal Jerman ke Piala Dunia 2018.

Bagaimanap­un, Can membuat perkembang­an memberangs­angkan semasa latihan di Marbella.

“Ia bergantung kepada reaksi beliau kepada latihan,” kata Klopp apabila membincang­kan peluang Can beraksi menentang Real Madrid.

“Sepuluh hari yang lalu, saya tidak fikir beliau akan bermain dan juga beliau mungkin dapat melakukan apa yang beliau lakukan hari ini (semasa latihan) dan juga apa yang dilakukan di Marbella.

“Ia kelihatan bagus, benar-benar positif tetapi kami harus melihat lagi esok. Pintu masih terbuka. Ia menarik untuk beliau kembali ke dalam pasukan. Beliau benar- benar terdesak untuk terlibat dalam perlawanan ini.” — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? TENANG: Klopp bercakap kepada pemberita ketika menghadiri sidang media di Anfield, Liverpool kelmarin.
— Gambar AFP TENANG: Klopp bercakap kepada pemberita ketika menghadiri sidang media di Anfield, Liverpool kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia