Utusan Borneo (Sarawak)

Kejayaan atlet WTF di Nepal tonik hadapi SUKMA Perak

-

KUCHING: Skuad taekwondo Sarawak mendapat tonik sebagai persiapan menghadapi temasya SUKMA Perak 2018 yang akan berlangsun­g dari 12 hingga 22 September depan.

Ia selepas tiga atlet dari pasukan poomsae Sarawak (WTF) berjaya membawa pulang empat pingat emas pada Kejohanan Taekwondo Antarabang­sa Kathmandu Kedua yang diadakan dari 18 hingga 20 Mei lalu di Nepal.

Emas Sarawak disumbangk­an oleh Augustine Rudy Grocer dalam kategori perseorang­an lelaki (melebihi 20 tahun), Terence Ma Yung Foong dan Alden Jawah Randi dalam kategori perseorang­an lelaki (bawah 20 tahun) Kumpulan A dan B.

Manakala emas keempat dirangkul menerusi acara berpasukan ( melebihi 20 tahun).

Diketuai Pengerusi Teknikal Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak ( PTNS) Tan Check Joon, Sarawak menampilka­n atlet berpotensi SUKMA pada kejohanan tersebut.

Tan yang juga ketua pengajar pasukan Sarawak melahirkan rasa gembira dengan prestasi atlet negeri sambil menegaskan fokus utama mereka tetap terhala ke arah menghadapi SUKMA 2018 kelak.

“Saya sangat gembira dan bangga dengan pencapaian atlet kita. Prestasi mereka semakin bertambah baik selepas mengikuti latihan intensif.

“Selepas ini, mereka akan menyertai rakan SUKMA Sarawak yang lain di Vietnam untuk mengikuti latihan tambahan sebagai persediaan menghadapi SUKMA Perak pada September kelak,” jelas Tan.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Pelumba dari dua kategori Abner Jerip (duduk kanan) dan Presiden Serapi Go Karting Club, Khairul Arrifin (berdiri tiga kanan) bergambar bersama selepas majlis penyampaia­n hadiah.
UNTUK ALBUM: Pelumba dari dua kategori Abner Jerip (duduk kanan) dan Presiden Serapi Go Karting Club, Khairul Arrifin (berdiri tiga kanan) bergambar bersama selepas majlis penyampaia­n hadiah.
 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Augustine meraikan kejayaan di atas podium bersama pemenang lain.
TAHNIAH: Augustine meraikan kejayaan di atas podium bersama pemenang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia