Utusan Borneo (Sarawak)

Jony Abas raih kedudukan pertama Repsol Go Kart Clone Racing Series

-

KUCHING: Pelumba go kart semakin mencipta nama, Jony Abas menepati ramalan apabila berjaya meraih kedudukan pertama pada Repsol Go Kart Clone Racing Series (May Series) yang diadakan di Trek Lumba Serapi di KM 8, Jalan Palma Indah, Jalan Matang pada Ahad lepas.

Bersaing dalam kategori Kelas A, Jony yang berentap dalam 30 pusingan bermula di petak ketiga berjaya menamatkan perlumbaan dengan masa terpantas, 53.361s di hadapan Lim Ong Sian dan Khairul Ariffin.

Kemenangan ini membolehka­n Jony mengutip 100 mata untuk mengumpul 287 mata setakat ini bagi merapatkan kedudukan dengan penda- hulu, Khairul yang berkelebih­an lima mata manakala Lim di tangga ketiga dengan 273 mata.

Nicky Orrelius tempat keempat sementara Azzra Izzwan dan Alexander Marvin Manzes masing-masing di kedudukan kelima dan keenam.

Dalam perlumbaan Kelas B, Henry Chong merai kemenangan pertamanya dengan mencatat 52.737s bagi mengumpul 100 mata, sekali gus menduduki keempat dengan 189 mata.

Hanif Arif menduduki tempat kedua, disusuli pendahulu Chen Kuoyang tempat ketiga, Hansel Matthew Than tempat keempat dan muka baru, Kon Jew Chung tempat kelima.

Meskipun tewas kepada Henry dan Hanif, Chen masih unggul di puncak takhta dengan kutipan 292 mata, Hanif tempat kedua dengan 285 dan Hansel ketiga dengan 273 mata.

Siri tersebut dianjurkan oleh Serapi Go Karting Club yang merupakan siri perlumbaan di Sarawak bermula sejak Mac dan akan berakhir pada Oktober depan.

Perlumbaan diadakan mengikut sistem kutipan mata di mana satu perlumbaan akan diadakan pada setiap bulan.

Pada akhir saingan kelak, pelumba yang mengumpul mata tertinggi akan dinobat selaku juara keseluruha­n bagi tahun 2018.

Nama pemenang akan diukir pada Piala Repsol dan selain gambarnya turut dipapar pada Repsol Wall of Champions.

Siri seterusnya akan diadakan pada 23-24 Jun, 14-15 Julai, 11-12 Ogos, 15-16 September dan 13-14 Oktober.

Ia ditaja oleh Ghee Hua Co Sdn Bhd selaku pengedar produk Repsol Lubricants di Sarawak, manakala Dr Abner Jerip bertindak selaku Pengarah Perlumbaan.

Mereka yang berminat untuk turut serta atau mengetahui lanjut mengenai perlumbaan boleh menghubung­i setiausaha Serapi Go Karting Club, Calvin Eng meneusi talian 012-8800556.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia