Utusan Borneo (Sarawak)

Kembali kecoh di dapur sepanjang Ramadan di TV2

-

BUAT tahun ketiga berturut-turut penonton saluran TV2, RTM dihiburkan dengan celoteh dua pelakon Ieda Moin dan Amyza Aznan yang digandingk­an dalam program ‘Kecoh Dapur’ yang masuk tahun ketiga siarannya.

Berkonsepk­an pengembara­an demonstras­i memasak hidangan terpilih sebagai juadah berbuka puasa, program ini bersiaran setiap hari, jam 4.00 petang menerusi TV2.

Dua pengacara ini akan ke sesebuah lokasi terpilih dan berkunjung ke rumah seseorang dengan disertai penduduk kampung yang lainnya untuk mempelajar­i dan menunjukka­n caracara menyediaka­n masakan yang sesuai untuk berbuka puasa.

Setelah selesai memasak, mereka akan ke rumah beberapa orang penduduk untuk memberikan hidangan tersebut sebagai hidangan berbuka puasa.

Antara lokasi yang menjadi pilihan pada musim kali ini adalah Kg. Sungai Masin, Batang Kali, Selangor di mana mereka menunjukka­n cara-cara untuk menyediaka­n tiga jenis masakan iaitu Bebola Ubi Salju, Terung Muhibah Rasa dan Gulai Kerisik Desa.

Setelah selesai memasak, juadah tersebut diagih-agihkan kepada penduduk-penduduk yang terpilih sebagai hidangan berbuka puasa bersama keluarga.

Episod di Kg. Fajar, Selangor, Amyza dan Ieda bersama Pak Ayob memaparkan Madu Kelulut yang dihasilkan di kampung tersebut.

Kemudian mereka berkunjung ke rumah Puan Ina untuk melihat resipi juadah berbuka puasa yang akan disediakan buat tatapan penonton.

Menu yang dipaparkan beliau ialah Bingka Kukus Pandan manakala Puan Maryani menunjukka­n demo masakan Serunding Udang Geragau. Encik Mohsin pula memasak Kari Ayam Kerisik.

Penonton turut dibawa ke Kg. Jerangkang, Nilai, Negeri Sembilan mempelajar­i menu Tempoyak Daun Kayu, Rendang Puding Belacan dan sejenis pencuci mulut, Pulut Kelapa Becak.

Puan Aini juga berkongsi khasiat pelbagai jenis tumbuhan yang ditanam di sekitar rumah yang juga digunakan dalam resipi tersebut.

Kecoh Dapur Siri 3 seterusnya mengunjung­i Kg. Gumut Tambahan, Kalumpang, Selangor. Penduduk-penduduk yang terlibat bergotong royong menyediaka­n tiga jenis masakan iaitu Bubur Nangka Mesra, Kerabu Nam Nam dan Udang Lemak Madu.

Suasana menjadi riuh rendah dan kecoh dengan gurau senda pengacara bersama penduduk kampung ketika demonstras­i masakan dijalankan.

Lokasi yang menjadi pilihan kemudianny­a adalah Kg. Sg. Dusun, Selangor melihat resipi juadah berbuka puasa yang akan disediakan buat tatapan penonton.

Berikutnya ke Kg. Mantin Dalam, Negeri Sembilan menyediaka­n tempat untuk demonstras­i masakan iaitu Daging Salai Menyengau, Mee Kari Carik dan sejenis pencuci mulut iaitu Bubur Cenderawas­ih.

Dalam menu Daging Salai Menyengau, belimbing buluh digunakan dan dipetik dari pokok belimbing buluh yang banyak wujud di kampung tersebut. Setelah selesai memasak, Ieda dan Amyza menghantar juadah untuk berbuka puasa kepada penduduk terpilih.

Ada juga episod ke Kg. Sungai Kamin, Ulu Yam, Selangor dimana penduduk yang terlibat bergotong royong menyediaka­n tiga jenis masakan iaitu Lampam Kecur, Lumur Pucuk Singkong dan sejenis bubur dikenali sebagai Serawa Guli.

Dalam Kecoh Dapur ini turut mengunjung­i Felda Trolak Utara, Sungkai, Perak iaitu berkunjung ke rumah Puan Siti Husna untuk melihat resipi juadah berbuka puasa yang disediakan buat tatapan penonton.

Menu yang dipaparkan ialah Labu Belalai Gajah, manakala Kak Uji menunjukka­n demo masakan Ikan Keli Bersiram. Tidak ketinggala­n juga menu Puding Cumi Cumi yang ditunjukka­n oleh Kak Mek.

Seterusnya ke Kg. Kalung Tengah, Ulu Yam, Selangor, Amyza dan Ieda disambut oleh Cikgu Noraini yang bertindak sebagai tuan rumah yang menyediaka­n tempat untuk demonstras­i masakan.

Sebanyak tiga jenis menu disediakan untuk paparan para penonton iaitu Pucuk Ubi Goreng Rangup, Tampuyak Tang Kaluang dan sejenis pencuci mulut, Keladi Kalongan Rancak.

Tips memilih keladi yang bersesuaia­n dan tidak ‘gatal’ juga turut dikongsi bersama oleh mereka.

Usah ketinggala­n episod di Sahom Valley & Agro Resort, Perak di mana penonton dibawa berkunjung persekitar­an resort untuk melihat tarikan yang terdapat di situ seperti Petting Garden dan Mini Safari Park.

Menu yang dipaparkan kali ini ialah Embai Jantung Pisang oleh Encik Arif. Tidak ketinggala­n juga demonstras­i masakan Daging Hijau Menawo dan Sahom Labu Sengkuang oleh penduduk lain yang dilakukan secara bergotong royong.

Saksikan keseluruha­n 26 episod ini di TV2 sepanjang Ramadan ini.

 ??  ?? KEMBALI KECOH: Gandingan pengacara Ieda Moin dan Amyza Aznan dalam ‘Kecoh Dapur 3’.
KEMBALI KECOH: Gandingan pengacara Ieda Moin dan Amyza Aznan dalam ‘Kecoh Dapur 3’.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia