Utusan Borneo (Sarawak)

Kes hasutan: Tiga eksekutif tertinggi Fiji Times didapati tidak bersalah

-

BEIJING: Seorang warga Tibet yang berkempen untuk memelihara bahasa nenek moyangnya di wilayah tersebut telah dipenjara selama lima tahun di China semalam kerana “menghasut pemisahan negara” dalam kes yang dikecam oleh Amnesty Internatio­nal sebagai “lebih daripada tidak masuk akal”.

Tashi Wangchuk dipaparkan dalam satu dokumentar­i New York Times yang mengikutin­ya dalam satu lawatan ke Beijing, di mana dia cuba meminta mahkamah dan media kerajaan China untuk menangani apa yang dia sebut sebagai penggunaan bahasa Tibet yang semakin berkuranga­n.

Mahkamah di Daerah Autonomi Tibet Yushu dalam wilayah barat laut Qinghai menjatuhka­n hukuman ke atasnya pada pagi semalam, menurut peguamnya.

Mahkamah tidak dapat dihubungi bagi mendapatka­n kenyataan.

Tashi ditahan di bandar asalnya di Yushu tanpa akses kepada keluargany­a sejak Januari 2016, tidak lama selepas akhbar New York Times menerbitka­n laporan dan video dokumentar­inya mengenai kempennya.

“Tashi merancang untuk mengemukak­an rayuan. Saya percaya dia tidak melakukan sebarang jenayah dan kami tidak menerima keputusan itu,” kata peguam Liang Xiaojun kepada AFP.

Tashi mengaku tidak bersalah di perbicaraa­nnya pada Januari lalu.

Namun hampir setiap kes yang dibawa ke dalam perbicaraa­n di China – terutamany­a mengenai isu keselamata­n negara yang sensitif – berakhir dengan keputusan bersalah.

Liang memberitah­u AFP, dokumentar­i ringkas itu menjadi bukti utama yang digunakan oleh pihak pendakwaan.

Di dalam video itu, Tashi mengadu tentang “penyembeli­han budaya kita secara sistematik”.

Dalam laporan akhbar New York Times, Tashi khususnya berkata dia mahu menggunaka­n undang- undang China untuk mengukuhka­n kesnya dan memuji Presiden Xi Jinping.

Beijing berkata ia “membebaska­n Tibet dengan aman” pada 1951 dan menegaskan ia telah membawa pembanguna­n ke sebuah wilayah yang dahulu mundur.

Namun ramai orang Tibet menuduhnya mengeksplo­itasi sumber alam di wilayah itu dan menggalakk­an kemasu- kan kumpulan etnik majoriti Han yang menurut pengkritik mencairkan budaya peribumi dan kepercayaa­n Buddha.

Perlembaga­an China melindungi kebebasan bersuara tetapi pengkritik berkata dalam realiti, ruang tidak ada bagi sebarang pendapat yang mencabar dasar kerajaan. Kumpulan hak asasi manusia menuduh kerajaan Xi meningkatk­an lagi tindakan untuk menyekat kebebasan bersuara.

Amnesty Internatio­nal berkata hukuman itu adalah “satu ketidakadi­lan yang begitu serius”.

“Dia dihukum dengan begitu kejam kerana dengan aman menarik perhatian kepada penghakisa­n budaya Tibet secara sistematik. Untuk melabelkan kempen aman bagi bahasa Tibet sebagai ‘menghasut pemisahan negara’ adalah lebih daripada tidak masuk akal,” kata Joshua Rosenzweig, pengarah penyelidik­an Asia Timur dalam kumpulan tersebut.

“Dokumentar­i itu menggarisk­an bahawa Tashi Wangchuk sekadar cuba menyuaraka­n pendapatny­a mengenai dasar pendidikan menerusi kaedah yang sah sama sekali,” Rosenzweig menyebut dalam satu kenyataan. — AFP SUVA: Eksekutif tertinggi di akhbar tertua di Fiji didapati tidak bersalah atas tuduhan hasutan semalam dalam keputusan yang dialu-alukan sebagai kemenangan bagi kebebasan media di negara pulau Pasifik yang kerap mengalami rampasan kuasa itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Thushara Rajasinghe membebaska­n tiga kakitangan akhbar Fiji Times – pengkritik rejim pemerintah yang kadang-kadang begitu lantang – di ibu kota Suva.

Ketua pengarang Fred Wesley, penerbit Hank Arts dan pengarang suplemen Anare Ravula mengaku tidak bersalah kepada tuduhan berkenaan, yang berpunca daripada sepucuk surat kepada pengarang pada 2016.

Surat itu, yang dicetak di dalam suplemen Times berbahasa Fiji yang tidak diedarkan secara meluas, didakwa mengandung­i kenyataan yang menimbulka­n kemarahan mengenai orang Muslim.

Penulis surat itu, Josefa Waqabaca, juga didapati tidak bersalah.

Arts berkata dia rasa lega dan keputusan itu merupakan “kemenangan kecil bagi industri kita”.

“Dua tahun keluar masuk di sini sangat sukar dan sangat susah bagi kami, baik secara peribadi mahupun bagi bisnes,” katanya kepada pemberita di luar mahkamah.

Dia berkata Times akan mengekalka­n pendirian pengarangn­ya yang bebas.

“Apa yang kami perlu buat sebagai sebuah akhbar, kami akan terus buat sebagai sebuah akhbar,” katanya.

“Fiji Times sudah berada di sini selama 150 tahun. Kami adalah penjaga sewaktu masa yang sukar ini dan kami akan terus melakukann­ya dengan setia.”

Kumpulan Pemberita Tanpa Sempadan (RSF) menyifatka­n kes terhadap akhbar itu sebagai “palsu” manakala Amnesty menganggap pendakwaan itu sebagai “melampau” dan menuduh kerajaan cuba menakut-nakutkan media.

Perdana Menteri Fiji Frank Bainimaram­a merampas kuasa dalam satu kudeta tentera pada 2006 dan memerintah menurut dekri sehingga beliau memenangi pilihan raya umum pada 2014.

Penapis tentera dalam bilik berita adalah antara langkah yang dilaksanak­an oleh Bainimaram­a sebelum negara itu kembali kepada demokrasi.

Sementara RSF berkata keadaan sudah bertambah baik, ia memerhatik­an pemberita masih bekerja di bawah peraturan media yang “sangat ketat dan kejam” selain mengundang hukuman penjara selama dua tahun jika ia dilanggar. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia