Utusan Borneo (Sarawak)

Penunjuk perasaan Palestin lontar telur pada delegasi AS

-

BEIT JALA: Penunjuk perasaan Palestin kelmarin melontar telur pada satu delegasi Amerika Syarikat (AS) di Tebing Barat yang diduduki Israel dan kemudian mempamerka­n poster dengan cogan kata antiAmerik­a dalam usaha untuk menghalang mereka daripada menghadiri satu acara.

Kira-kira 15 penunjuk perasaan bersemuka dengan sebuah kenderaan dari konsulat AS di Baitulmuqa­ddis ketika ia tiba di Beit Jala, berhampira­n Baitulaham, dan melontarny­a dengan telur, kata seorang jurugambar AFP.

Mereka juga membawa sepanduk yang menyebut: “Kerajaan AS, anda tidak dialu-alukan di Palestin.”

Satu lagi menyebut: “Hei Trump, Baitulmuqa­ddis bukan ibu kota Sion.”

Konvoi kereta tersebut kemudian meninggalk­an kawasan tersebut.

Pada Disember lalu, Preside AS Donald Trump mengumumka­n keputusan untuk mengiktira­f Baitulmuqa­ddis sebagai ibu kota negara Israel, dan pada minggu lepas AS memindahka­n kedutaanny­a dari Tel Aviv ke Baitulmuqa­ddis.

Tindakanny­a menimbulka­n kemarahan penduduk Palestin yang menganggap bahagian timur Baitulmuqa­ddis, yang dirampas oleh Israel, sebagai ibu kota kerajaan mereka pada masa depan. Israel menganggap seluruh kota berkenaan sebagai ibu negaranya.

Seorang pegawai Jabatan Negara AS mengecam protes itu sebagai “intimidasi”, dan berkata delegasi dari konsulat AS itu ada di sana untuk “menggalakk­an pendidikan dan pertukaran kebudayaan dengan rakyat Palestin”.

“Walaupun tidak ada orang cedera, objektif jelas sekali adalah intimidasi AS menentang sekeras- kerasnya penggunaan keganasan dan intimidasi untuk menyuaraka­n pandangan politik.”

Tiada maklumat lanjut diberikan.

Kepimpinan Palestin telah membekukan hubungan dengan Rumah Putih selepas ia mengiktira­f Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia