Utusan Borneo (Sarawak)

Protes sambut tahun keempat pemerintah­an junta Thailand

Abbas alami radang paru-paru, keadaan semakin baik: Doktor

-

RAMALLAH: Presiden Palestin Mahmud Abbas sedang mengalami radang paru-paru tetapi keadaannya semakin baik, kata pegawai lewat kelmarin.

“Saya melawat Presiden Abbas di hospital malam tadi. Beliau mengalami radang paru-paru dan dirawat dengan antibiotik,” kata Ahmed Tibi, seorang ahli Arab dalam Parlimen Israel, dalam Twitter, dan menambah keadaan pemimpin berusia 83 tahun itu “sudah semakin baik dengan ketara”.

Dalam media rasmi, Saed Sarahna, ketua Hospital Arab Istishari berhampira­n Ramallah di Tebing Barat yang diduduki Israel, berkata Abbas mengalami “jangkitan dalam paru- paru kanannya”.

“Beliau diberi rawatan perlu dan kini sedang pulih,” kata Sarahna.

Gambar Abbas yang sedang berjalan-jalan dalam wad dan membaca surat khabar turut diterbitka­n, dalam usaha yang dipercayai untuk meredakan khabar angin bahawa keadaannya semakin tenat.

Media rasmi berkata beliau sudah bercakap dengan beberapa ahli politik tempatan untuk memberi jaminan kepada mereka tentang kesihatann­ya.

Tibi, yang juga seorang doktor, berkata beliau menjangka Abbas akan meluangkan masa “beberapa hari lagi” di hospital.

Abbas dimasukkan ke hospital Ahad lepas dengan kerumitan ekoran pembedahan telinga, selain turut mengadu tentang sakit dada.

Kesihatan Abbas kerap menjadi subjek spekulasi, tanpa pengganti jelas yang dikenal pasti.

Pada Februari lalu, beliau menjalani apa yang disebut sebagai pemeriksaa­n perubatan rutin di Amerika Syarikat.

Abbas memenangi penggal selama empat tahun sebagai presiden pada 2005, tetapi beliau kekal memegang jawatan itu selepas pilihan raya tidak diadakan.

Abbas mendakwa perpecahan antara partinya Fatah dengan puak Islamis, Hamas, yang menguasai Semenanjun­g Gaza, telah menyebabka­n pilihan raya mustahil diadakan dari segi politik.

Seorang pemimpin sederhana, beliau terlibat selama berdekad-dekad dalam rundingan dengan Israel tetapi tidak popular di kalangan penduduk Palestin, dan majoriti daripada mereka mahu beliau meletak jawatan.

BANGKOK: Polis Thai menghalang penunjuk perasaan antijunta daripada berarak ke Rumah Kerajaan semalam untuk menandakan empat tahun pemerintah­an tentera, salah satu tindakan penentanga­n terbesar sejak angkatan tentera merampas kuasa.

Ratusan aktivis pelajar dan penyokong ‘ Baju Merah’ pertengaha­n usia yang memihak kepada kerajaan awam yang digulingka­n tentera membawa sepanduk, bendera Thai dan kipas dengan kartun perdana menteri yang digambarka­n sebagai ‘Pinocchio’, ketika mereka berhimpun di satu sekatan polis yang menghalang kemaraan mereka ke kerusi kerajaan di Bangkok.

Rasa tidak senang hati dengan junta menggelega­k di Thailand, walaupun larangan dikenakan ke atas perhimpuna­n politik sejak rampasan kuasa mengguling­kan kerajaan pilihan rakyat pimpinan Yingluck Shinawatra pada 22 Mei 2014.

Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha, yang sebagai ketua tentera merampas kuasa daripada pentadbira­n Yingluck, telah membayangk­an bahawa pilihan raya akan diadakan pada Februari tahun depan.

Namun jadual bagi kepulangan kepada demokrasi selalu ditunda dan kesabaran dengan juntanya kini semakin berkuranga­n di kalangan banyak lapisan masyarakat Thai.

“Ia adalah ulang tahun keempat kudeta dan saya rasa sekarang adalah masanya untuk berubah,” kata Rangsiman Rome, salah seorang ketua protes.

“Kami tidak mahu menunjuk perasaan. Cuaca panas, ia meletihkan. Tetapi kami tidak ada pilihan untuk membuat mereka mendengar kami.”

Penunjuk perasaan berkampung di Universiti Thammasat, pusat bersejarah dalam pergerakan prodemokra­si di Thailand dan saksi kepada banyak operasi berdarah oleh tentera yang mendominas­i politik di Thailand.

 ?? — Gambar Reuters ?? SEMAKIN BAIK: Gambar serahan Pejabat Presiden Palestin (PPO) menunjukka­n Abbas membaca surat khabar di hospital di Ramallah, di wilayah Tebing Barat, kelmarin.
— Gambar Reuters SEMAKIN BAIK: Gambar serahan Pejabat Presiden Palestin (PPO) menunjukka­n Abbas membaca surat khabar di hospital di Ramallah, di wilayah Tebing Barat, kelmarin.
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PROTES: Penunjuk perasaan berhimpun dekat sekatan polis di luar Universiti Thammasat semasa protes untuk menandakan tahun keempat pemerintah­an junta di Bangkok semalam.
— Gambar AFP PROTES: Penunjuk perasaan berhimpun dekat sekatan polis di luar Universiti Thammasat semasa protes untuk menandakan tahun keempat pemerintah­an junta di Bangkok semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia