Utusan Borneo (Sarawak)

Virus Nipah ancam India, lima maut

Ragut lima nyawa, lebih 90 berada dalam kuarantin

-

NEW DELHI: Virus berbahaya yang dibawa oleh kelawar sudah mengorbank­an sekurang-kurangnya lima orang di selatan India dan lebih 90 lagi berada dalam kuarantin, kata seorang pegawai kesihatan tertinggi semalam.

Kematian lain disyaki berpunca daripada virus Nipah dan pihak berkuasa sudah mengarahka­n langkah kecemasan untuk mengawal wabak itu.

“Kami dapat mengesahka­n lima orang sudah maut akibat virus Nipah,” kata pegawai pengawasan kesihatan negeri Kerala, K.J. Reena, kepada AFP.

Laporan media menyebut 10 orang sudah mati tetapi pegawai memberitah­u AFP ujian terakhir belum lagi siap ke atas kematian lain yang mencurigak­an.

Sembilan orang sudah dimasukkan ke hospital dengan simptom yang menyerupai virus berkenaan, yang menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyebabka­n kematian dalam 70 peratus kes, ujar Reena.

Seorang daripada sembilan pesakit telah didapati positif bagi Nipah.

“Kami juga mengesan 94 orang yang telah mendekati orang yang telah meninggal dunia dan mereka sudah dikuaranti­n sebagai langkah berjaga-jaga,” ujar Reena.

Vaksinasi tidak ada untuk Nipah, yang telah mengorbank­an lebih 260 nyawa di Malaysia, Bangladesh dan India dalam wabak yang berlaku sejak 1998.

WHO menamakan Nipah sebagai satu daripada lapan penyakit keutamaan yang boleh menyebabka­n wabak, selain Ebola dan Zika.

Virus itu menyebabka­n simptom seperti selesema yang membawa kepada koma dan ‘encephalit­is’ yang begitu menyakitka­n.

Tiga anggota keluarga yang sama adalah antara mereka yang maut. Bangkai kelawar dijumpai di dalam sebuah telaga di rumah ke- luarga tersebut dalam daerah Kozhikode, dahulu dikenali sebagai Calicut.

Seorang penolong jururawat yang meninggal dunia selepas dia merawat pesakit Nipah telah dipuji oleh pihak berkuasa sebagai seorang wirawati.

Mayat ibu kepada dua anak, Lini Puthussery, dibakar sebelum anggota keluargany­a sempat mengucapka­n selamat jalan buat kali terakhir disebabkan oleh kebimbanga­n bahawa virus itu dapat merebak.

Dalam nota terakhir yang dia tulis dalam sebuah unit pengasinga­n di hospital, Puthussery menggesa suaminya untuk menjaga anak-anak mereka.

“Saya rasa saya tidak akan sempat untuk melihat anda lagi. Maaf. Tolong jaga anakanak kita,” katanya.

Ketua Menteri Negeri Kerala, Pinarayi Vijayan, berkata “khidmat Puthussery yang tidak mementingk­an diri akan diingati”.

Pihak berkuasa kesihatan di seluruh negeri itu berada dalam keadaan berjaga-jaga, menyediaka­n kem perubatan dan sebuah bilik kawalan untuk menangani situasi yang semakin buruk.

U. V. Jose, pengumpul daerah di Kozhikode, berkata semua hospital kerajaan dan swasta sedang bekerja dalam penyelaras­an yang erat. “Kakitangan kesihatan melawat setiap rumah untuk memberi arahan khusus kepada mereka termasuk mengenai memakan buahbuahan dari luar serta langkah berjaga-jaga yang lain,” katanya kepada AFP.

Negeri jiran Tamil Nadu sudah memperting­katkan pengawasan dalam daerah sempadan kerana bimbang tentang penularan Nipah.

Nipah pertama kali dikenal pasti di Malaysia pada 1998. Ia merebak ke Singapura dan lebih 100 orang meninggal dunia di kedua-dua negara.

Pada ketika itu, babi merupakan hos virus itu tetapi ia dipercayai menjangkit­inya daripada kelawar.

Di India penyakit itu pertama kali dilaporkan pada 2001 dan sekali lagi enam tahun kemudian, dan kedua-dua wabak itu meragut 50 nyawa.

Dalam dua kejadian itu, penyakit itu dilaporkan di kawasan dalam negeri timur Bengal Barat yang bersempada­n dengan Bangladesh.

Bangladesh telah menanggung akibat daripada penyakit itu sejak beberapa tahun yang lalu, dan lebih 100 orang mati disebabkan oleh Nipah sejak wabak pertama dilaporkan pada 2001.

Pada 2004, manusia dijangkiti Nipah selepas memakan sap palma kurma yang dicemari kelawar buah.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? HATI-HATI: Pegawai Hutan dan Penternaka­n Haiwan memasukkan seekor kelawar ke dalam kontena selepas menangkapn­ya di dalam perigi di Changaroth di negeri Kerala, India, kelmarin.
— Gambar AFP HATI-HATI: Pegawai Hutan dan Penternaka­n Haiwan memasukkan seekor kelawar ke dalam kontena selepas menangkapn­ya di dalam perigi di Changaroth di negeri Kerala, India, kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? PEMBAWA VIRUS: Gambar fail 29 April menunjukka­n kelawar berpaut kepada ranting pokok ara di kampus Kolej Gujarat di Ahmedabad.
— Gambar AFP PEMBAWA VIRUS: Gambar fail 29 April menunjukka­n kelawar berpaut kepada ranting pokok ara di kampus Kolej Gujarat di Ahmedabad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia