Utusan Borneo (Sarawak)

Paderi Katolik cabul tujuh kanak-kanak kena 25 tahun

-

BUENOS AIRES: Mahkamah Argentina menjatuhka­n hukuman penjara selama 25 tahun ke atas seorang paderi Katolik kelmarin kerana mencabul tujuh kanak-kanak selama bertahun-tahun.

Justo Jose Ilarraz pada mulanya diletakkan di bawah tahanan rumah sehingga hukuman penjara selama 25 tahun disahkan selepas rayuan dikemukaka­n.

Ilarraz, 57, melakukan pencabulan itu di sebuah sekolah keuskupan di bandar Parana, 600 kilometer ke utara Buenos Aires, di mana dia bertanggun­gjawab ke atas disiplin dan bimbingan agama.

Pendakwa raya berkata mangsa, berusia 13 dan 14 tahun, merupakan pelajar asrama di sekolah seminari berkenaan dan terputus hubungan dengan keluarga mereka, yang mereka jumpa sekali sebulan.

Kanak-kanak terbabit dicabul oleh Ilarraz di seminari di antara 1985 dan 1993, kata pihak pendakwaan.

Penyiasat berkata mereka percaya Ilarraz mungkin ada mangsa lain yang lebih muda tetapi memilih untuk mendiamkan diri.

“Dia membimbing mereka dari seri agama. Dia berinterak­si dengan pelajar seminar dalam cara yang tidak formal, sebagai satu cara untuk mewujudkan hubungan dengan mereka dan membolehka­n pencabulan itu dilakukan, dan juga sebagai cara untuk merahsiaka­nnya selama bertahun-tahun,” kata pendakwa raya Juan Francisco Ramirez kepada televisyen TN di Argentina.

Ramirez berkata mangsa sudah berdiam diri selama bertahun-tahun, tetapi pergi kepada pendakwa raya pada 2010 selepas mereka menuntut agar Gereja Katolik melarang Ilarraz daripada melakukan kerja seorang paderi.

“Mereka melakukann­ya selepas diberitahu Gereja tidak menghukumn­ya,” katanya.

Ilarraz dikeluarka­n dari seminari berkenaan pada 2012 selepas satu siasatan dalaman oleh Gereja, tetapi dia dibenarkan untuk terus menjalanka­n kerja paderi di wilayah Tucuman, utara Argentina.

Tujuh mangsa memberi keterangan sewaktu perbicaraa­n selama sebulan yang diadakan secara tertutup.

Paderi itu menafikan dakwaan, yang disifatkan­nya sebagai satu konspirasi jahat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia