Utusan Borneo (Sarawak)

Kekurangan boleh ditangani jika kerajaan perkenal langkah-langkah pengimbang­an

-

KUALA LUMPUR: Majlis Tindakan Ekonomi Melayu ( MTEM) menggesa kerajaan baharu untuk mengkaji semula pelaksanaa­n agenda ekonomi Bumiputera bagi merapatkan jurang pendapatan antara kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera.

KetuaPegaw­aiEksekuti­fnya, Ahmad Yazid Othman berkata status ekonomi Bumiputera masih jauh ketinggala­n untuk mencapai tahap keseimbang­an ekonomi antara kaum.

“Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu, namun jurang pendapatan Bumiputera berada pada tahap yang rendah berbanding golongan lain,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur kelmarin.

Katanya, pendapatan per kapita bagi Bumiputera ketika ini hanya 34 peratus (RM63,000setahun) berbanding kaum Cina (RM185,000 setahun).

“Jika kerajaan Pakatan Harapan (PH) melaksanak­an pendekatan kemakmuran bersama, tadbir urus yang baik dan kesaksamaa­n, jurang pendapatan ini mampu meningkat kepada 50 peratus,” katanya.

Sementara itu, ahli lembaga MTEM Mohd Nizam Mahshar berkata, sebagai masyarakat majoriti di Malaysia, jurang ini perlu ditangani untuk memajukan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera.

“Agenda Bumiputera bukan agenda yang mengabaika­n kaum lain, sebaliknya ia adalah polisi untuk mengatasi masalah jurang ekonomi yang berasaskan kaum susulan lebih 100 tahun penjajahan.

“Agenda ini telah berjaya mengurangk­an ketidaksam­aan pendapatan dan kekayaan di Malaysia, namun ia masih belum mencapai hasil yang optimum,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Agensi penarafan antarabang­sa, Moody’s Investors Service menjangka penghapusa­n cukai barang dan perkhidmat­an (GST) akan memberi kesan negatif terhadap pendapatan kecuali kerajaan mengumumka­n langkah- langkah khusus yang boleh menangani kekurangan itu.

“Kecuali kerajaan memperkena­lkan langkah-langkah pengimbang­an yang lain sekurang-kurangnya dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang, penghapusa­n GST akan memberi kesan negatif bersih ke atas hasil kerajaan, walaupun harga minyak yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Rabu lalu, Kementeria­n Kewangan mengumumka­n bahawa enam peratus GST akan dihapuskan mulai 1 Jun dan menyatakan ia akan memperkena­lkan semula cukai jualan dan perkhidmat­an (SST) yang telah dilaksana sebelum pengenalan GST pada 2015.

“Kemungkina­n besar, formaliti undang- undang termasuk pemansuhan Akta GST dan mencadangk­an Akta SST baharu akan dibentang pada sidang Parlimen yang akan datang, yang kami harapkan pada akhir Jun atau awal Julai,” kata Moody’s.

Pada 2017, pendapatan GST adalah RM44.3 bilion ( AS$ 11.2 bilion) atau 3.3 peratus daripada Kelu- aran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Dengan mengandaik­an perkongsia­n stabil berbanding KDNK dan mengambil kira corak bermusim, kami menganggar­kan kerugian hasil daripada penurunan GST pada sekitar 1.9 peratus daripada KDNK tahun ini.

“Kami juga menganggar­kan bahawa jika SST, yang menghasilk­an pendapatan kira-kira 1.6 peratus daripada KDNK sebelum GST menggantik­annya, berkuat kuasa pada Julai, kerugian hasil akan mengecil kepada 1.0 peratus daripada KDNK tahun ini,” kata Moody’s.

Walaupun kerugian ini dapat dikurangka­n oleh harga minyak yang lebih tinggi, namun ini bukan merupakan pengganti tetap untuk GST dan tidak dapat diimbangi dengan mudah untuk kehilangan hasil berikutan turun naik harga.

Sebagai contoh, minyak mentah Brent yang bernilai AS$ 78.50 setong pada 18 Mei, jauh melebihi andaian harga AS$52 setong dalam bajet kerajaan pada 2018.

Dan dengan mengandaik­an harga minyak purata AS$70 tahun ini, kenaikan hasil minyak akan menjadi kira-kira 0.4 peratus daripada KDNK, membawa kerugian hasil bersih kepada 0.6 peratus daripada KDNK.

“Pengenalan GST pada 2015 bertujuan untuk mengurangk­an pergantung­an Malaysia terhadap pendapa- tan berkaitan minyak, yang berjaya dicapai,” katanya.

Selain itu, selepas 2018, pengenalan semula SST akan mewujudkan kekurangan pendapatan sebanyak 1.7 peratus daripada KDNK jika GST kekal pada sifar.

Menurut kerajaan, rasional untuk menghapusk­an GST adalah bahawa ia akan meningkatk­an penggunaan swasta dan pertumbuha­n ekonomi, menambah kepada pendpatan cukai melalui peningkata­n cukai korporat dan kenderaan bermotor dan duti eksais serta import.

“Kami tidak menyertaka­n kesan ini dalam andaian kami kerana kami tidak menjangkak­an kesan pengganda yang besar,” kata Moody’s. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ANGGOTA BERTAMBAH: Radzali (tengah) beramah mesra bersama ahli baharu MFA sempena majlis sidang media Anugerah Francais Malaysia 2018 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Pengarah Urusan DIIZ Industries Sdn Bhd Izham Hakimi Hamdi (tiga...
— Gambar Bernama ANGGOTA BERTAMBAH: Radzali (tengah) beramah mesra bersama ahli baharu MFA sempena majlis sidang media Anugerah Francais Malaysia 2018 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Pengarah Urusan DIIZ Industries Sdn Bhd Izham Hakimi Hamdi (tiga...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia