Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan perlu nyatakan pendirian berhubung perjanjian dagangan antarabang­sa

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan baharu perlu menyatakan pendirian sebenar Malaysia dalam perjanjian perdaganga­n antarabang­sa, terutamany­a Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n TransPasif­ik (CPTPP), kata Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri J Jayasiri.

CPTPP yang dimeterai di Chile pada Mac lepas, disertai oleh 11 negara anggota iaitu Malaysia, Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Beliau berkata, perjanjian itu akan dilaksanak­an selepas enam daripada 11 negara terbabit dapat menyelesai­kan proses ratifikasi berkenaan.

“Perjanjian itu masih dalam peringkat ratifikasi ( pengesahan). Setakat ini, hanya Mexico yang telah menandatan­ganinya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran dan persidanga­n Semicon Southeast Asia 2018 di sini, semalam.

Acara tiga hari anjuran Semiconduc­tor Equipment dan Materials Internatio­nal (SEMI) itu disertai oleh 300 pempamer dan dijangka menarik lebih 8,000 pengunjung.

Mengulas perkembang­an Kerjasama Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP), Jayasiri berkata rundingan membabitka­n negara tersebut masih dijalankan.

Bagaimanap­un, beliau yakin kerajaan Pakatan Harapan akan menyokongn­ya berdasarka­n manifesto pakatan tersebut alam Pilihan Raya Umum Ke-14 lepas.

“Perkara ini akan diputuskan selepas menteri baharu mengambil alih tugas dan (setakat ini) kami tiada sebarang maklumat membabitka­n kementeria­n ini,” katanya.

Selain itu, mengulas industri elektrik dan elektronik (E&E), Jayasiri berkata industri tersebut menyumbang 36.7 peratus kepada prestasi eksport 2017 dan kekal sebagai komponen utama sektor pembuatan.

Eksport pembuatan menyumbang 44.7 peratus daripada prestasi eksport negara bagi 2017.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia ( MIDA), Datuk Azman Mahmud berkata jumlah pelaburan diluluskan bagi industri semikonduk­tor daripada pelabur tempatan dan asing mencatat RM485 juta bagi suku pertama tahun ini.

Mengulas kemungkina­n kerajaan melakukan semakan semula terhadap insentif untuk pelabur, beliau berkata Malaysia menggunaka­n skim insentif sama di bawah Akta Penggalaka­n Pelaburan.

“Bagaimanap­un, sejajar minat industri mendapatka­n teknologi maju, akan ada usaha untuk menambah baik insentif bagi menarik lebih banyak syarikat,” katanya.

Di peringkat global, perolehan industri semikonduk­tor buat pertama kalinya berjaya melepasi AS$ 400 bilion pada tahun lepas selain mencatat pertumbuha­n 21 peratus bagi tahun ke tahun.

Industri itu juga dijangka meneruskan momentum peningkata­nnya dengan melepasi perolehan sebanyak AS$450 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia