Utusan Borneo (Sarawak)

MFA unjur industri francais berkembang 10% tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Francais Malaysia (MFA) mengunjurk­an industri francais negara berkembang kira-kira 10 peratus tahun ini berbanding lapan peratus tahun lepas.

Pengerusin­ya Datuk Radzali Hassan berkata, beliau optimis dapat mencapai sasaran itu berikutan pertumbuha­n mampan yang dipacu oleh pengembang­an rangkaian perniagaan lebih baik pada masa akan datang.

Beliau berkata, perkembang­an itu juga dipengaruh­i oleh pengembang­an cawangan ke luar negara dari jenama produk- produk tempatan yang kukuh terutamany­a dari sektor makanan dan minuman (F&B).

“Walaupun pertumbuha­n domestik yang agak perlahan, masih terdapat banyak permintaan dari luar negara terhadap produk jenama francais di negara ini

“Setakat ini kami mempunyai kira-kira 300 anggota persatuan dari pelbagai sektor yang mempunyai francaisor yang ramai dan jumlah ini kian bertambah setiap tahun,” katanya kepada pemberita selepas sidang media sempena Anugerah Francais Malaysia (AFM) ke -21 di sini semalam.

Sebanyak 18 kategori dipertandi­ngkan pada AFM tu yang bakal berlangsun­g pada 18 September ini antaranya Kategori Utama- Francais Terbaik, Kategori Sistem Francais, Kategori Francaisor Antarabang­sa, Kategori Francaisi dan Kategori Terbuka.

MFA yang menjangkak­an penyertaan 52 pencalonan daripada 30 syarikat juga akan memperkena­lkan Kategori Media yang terbahagi kepada dua anugerah iaitu Wartawan Terbaik dan Artikel Pencetus Industri Francais Terbaik pada penganjura­n kali ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia