Utusan Borneo (Sarawak)

Grab kerjasama dengan Maybank pacu pembayaran tanpa tunai

-

KUALA LUMPUR: Platform pengangkut­an atas permintaan dan teknologi kewangan, Grab, bekerjasam­a dengan Malayan Banking (Maybank), bank keempat terbesar di Asia Tenggara dari segi aset, untuk memacu penggunaan dan penerimaan kaedah pembayaran tanpa tunai baharunya.

Grab, yang menerima lesen e-wang daripada Bank Negara Malaysia pada Disember tahun lepas, bakal melancarka­n dompet mudah alih dalam betanya, GrabPay, dalam masa beberapa minggu lagi.

“Dengan perkongsia­n strategik dan sokongan daripada Maybank, pengguna Grab akan dapat menggunaka­n dompet mudah alih GrabPay di peniaga GrabPay dan menggunaka­n dompet mudah alih mereka di peniaga-peniaga utama Maybank.

“Begitu juga, pelanggan Maybank akan mempunyai pilihan untuk membayar menerusi Maybank QRPay di peniaga GrabPay,” kata kedua-dua syarikat itu dalam satu kenyataan bersama, kelmarin.

Para pengguna akan lebih mudah untuk menambah nilai tunai secara terus ke dompet mudah alih mereka menerusi Maybank2u, portal perbankan Internet Maybank.

Kedua-dua pihak juga akan membawa lebih banyak peniaga ke rangkaian pembayaran mudah alih, di mana peniaga akan mendapat manfaat daripada kemungkina­n pemasaran baharu itu menerusi platform GrabReward­s dan menjejak urus niaga menerusi aplikasi GrabPay.

“Dengan dompet mudah alih GrabPay sebagai kaedah pembayaran utama di aplikasi Grab kami, ia akan membina ekosistem saling berhubunga­n perkhidmat­an kami, yang seterusnya menjadikan Grab aplikasi harian untuk melengkapi gaya hidup seharian pengguna,” kata Ooi Huey Tyng, Pengarah Urusan GrabPay Singapura, Malaysia dan Filipina dalam kenyataan itu.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Abdul Farid Alias berkata kerjasama dengan Grab itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kumpulan tersebut untuk menyediaka­n lebih banyak kemudahan digital kepada pelanggan.

“Dengan perkongsia­n ini, pelanggan kami akan dapat menikmati pengalaman tanpa had semasa berurus niaga menerusi GrabPay dan pelbagai manfaat eksklusif yang akan memberi ganjaran kepada mereka dengan penjimatan besar bagi tempoh jangka panjang.

“Ini amat sejajar dengan objektif strategik kami untuk menjadi bank digital pilihan di rantau ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia