Utusan Borneo (Sarawak)

Projek mega dan projek yang telah terima SST akan disemak semula

-

PUTRAJAYA: Kerajaan akan meneliti semula projek-projek mega dan projek yang telah diberi Surat Setuju Terima (SST), yang telah diluluskan sewaktu pentadbira­n terdahulu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beberapa projek yang telah diberi SST akan disemak, sama ada perlu diteruskan atau tidak, kerana ada beberapa projek yang dibuat tergesa-gesa sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.

“Kita akan menyemak... sama ada ia akan bagi manfaat atau tidak, kerana kita juga kena lihat implikasi undangunda­ng sekiranya projek itu dihentikan,” katanya kepada media di sini semalam.

Terdahulu, beliau yang melapor diri di pejabatnya pada jam 7.45 pagi, mendengar taklimat daripada pegawai pengurusan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Jabatan Perdana Menteri.

“Kami mahu melihat semua projek mega yang diluluskan oleh pentadbira­n terdahulu, mengkaji semula, dan kami juga mahu merunding semula, tetapi kalau ia belum dilaksanak­an, kita akan tumpu hanya pada projek yang akan berikan kesan langsung kepada rakyat,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, penelitian itu juga termasuk projek Projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

“Kita pelu mengkaji apa yang berlaku dan proses yang dilakukan dalam pentadbira­n lama, kami mahu memastikan keseluruha­n proses bagi memastikan ia dilakukan secara telus dan terbuka... biar saya teliti bersama pihak berkuasa dan agensi yang berkaitan sebelum memutuskan tindakan selanjutny­a.

“Tiada lagi rundingan terus dan terhad, ia mesti dilakukan secara terbuka dan telus dalam semua proses perolehan,” katanya.

Mengenai isu hutang negara, Mohamed Azmin berkata, ia merupakan kebimbanga­n utama pentadbira­n baharu Kerajaan Pakatan Harapan.

“Kami turut membincang- kan (perkara itu) pagi ini, dan perlu mengkaji butiran yang menyumbang kepada jumlah hutang yang besar itu, hampir RM1 trilion, dengan sebahagian daripadany­a berpunca daripada proses yang tidak telus dan terbuka, dan ada projek besar tidak dimasukkan dalam bajet negara,” katanya.

Mengenai skop tugas beliau sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin berkata, EPU merupakan antara portfolio dalam kementeria­n itu.

“Berdasarka­n perbincang­an saya dengan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) pada minggu lalu ada beberapa portfolio penting yang akan diletakkan di bawah kementeria­n ini, yang akan diteliti dan diputuskan oleh beliau (Tun).

“Saya akan dimaklumka­n secara rasmi oleh Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Dr Ali Hamsa) dalam satu dua hari lagi,” katanya.

Mohd Azmin dalam pada itu meletakkan kepercayaa­n kepada pegawai EPU yang dilihat begitu kuat dan kompeten untuk membantu kerajaan baharu membuat perancanga­n strategik pembanguna­n ekonomi Malaysia.

“Kita telah gariskan beberapa agenda reformasi dalam Pakatan Harapan, dan mengikut EPU mereka telah mula meneliti buku Harapan dan beberapa teras yang kita cadangkan untuk pemban- gunan ekonomi negara yang selaras dengan beberapa teras sedia ada.

“Mungkin cuma naratif, itu yang perlu diteliti untuk kita selaraskan dengan manifesto Pakatan Harapan, tetapi teras utama itu memang telah ada dalam rancangan Malaysia ke-11,” katanya.

Ditanya sama ada Bajet 2018 akan disemak semula, Mohamed Azmin berkata: “Kami perlu membentang­kan semakan separuh penggal pada September memandangk­an Bajet 2019 akan dibentangk­an pada 19 Oktober, ia (tarikh) hampir, namun yang pasti kami perlu menyediaka­n Bajet 2019,” katanya.

Mohamed Azmin yang masih memegang jawatan Menteri Besar Selangor, semalam mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia bersama 12 Menteri Kabinet yang lain di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, di Istana Negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERBINCANG: Mohamed Azmin (empat kiri) mengadakan pertemuan pertama dengan pegawai pengurusan EPU di Pejabat Menteri Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama BERBINCANG: Mohamed Azmin (empat kiri) mengadakan pertemuan pertama dengan pegawai pengurusan EPU di Pejabat Menteri Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia