Utusan Borneo (Sarawak)

UEM Sunrise catatkan peningkata­n keuntungan dalam suku pertama 2018

-

KUALALUMPU­R: Keuntungan bersih UEM Sunrise Bhd meningkat kepada RM25.18 juta dalam suku pertama berakhir 31 Mac 2018 berbanding dengan RM23.88 juta yang direkodkan dalam suku yang sama tahun sebelumnya.

Syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam, mengaitkan prestasi yang positif itu kepada kos operasi yang rendah termasuk pendapatan dan sumbangan bersih yang lebih tinggi daripada syarikat-syarikat ber- sekutu dan usaha sama.

Jualan pemaju hartanah itu juga melonjak sebanyak 156 peratus kepada RM434.3 juta dalam suku di bawah kajian.

“Bagaimanap­un, pengiktira­fan pendapatan bagi perkembang­an yang berteru- san dalam suku pertama 2018 jatuh kepada RM287.7 juta berbanding dengan RM420.3 juta dalam suku pertama 2017 iaitu penurunan sebanyak kira-kira 32 peratus, disebabkan kitaran pembanguna­n untuk pelancaran ba- haru masih di peringkat awal, manakala Teega, Residensi2­2 dan Arcoris telah siap,” kata kumpulan itu.

Mengenai prospek, kumpulan itu berkata ia tetap berhatihat­i ke atas jualan dan sasaran nilai pembanguna­n kasar bagi 2018, dengan menetapkan, masing-masing kepada RM1.2 bilion dan RM1.0 bilion, sambil menambah bahawa ia bersedia untuk pelancaran seterusnya, bergantung kepada keadaan pasaran.

Kumpulan itu yakin bahawa sumbangan daripada projeknya di Australia, jualan tanah dan inisiatif pengewanga­n inventori akan menyumbang secara positif kepada keuntungan kumpulan dalam 2018 dan kedudukan aliran tunai kumpulan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia