Utusan Borneo (Sarawak)

Keuntungan bersih suku pertama TM turun 41.6%

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih suku pertama Telekom Malaysia Bhd turun 41.6 peratus kepada RM107.64 juta berbanding RM184.44 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun lepas di tengah-tengah cabaran dalam semua kluster pelanggann­ya.

Bagi suku yang berakhir 31 Mac, 2018, hasil susut sebanyak 3.9 peratus kepada RM2.85 bilion daripada RM2.96 bilion setahun dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya berikutan penurunan perkhidmat­an berkaitan suara, data dan telekomuni­kasi lain. Penurunan itu diimbangi sebahagian­nya daripada kenaikan dalam hasil Internet.

“Bagi tempoh berbaki tahun ini, kami akan terus dipandu oleh dua teras strategik utama, iaitu mempercepa­tkan pemusatan dan memperkasa­kan digital menerusi pendekatan PERFEXE 10 kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly, dalam satu kenyataan, di sini semalam.

“Kami akan meneruskan pelaburan kami bagi pertumbuha­n jangka panjang sejajar dengan pelan pengembang­an kami tetapi juga akan memastikan kami mengusahak­an sepenuhnya aset sedia ada kami. Pelbagai inisiatif menarik telah dirancang bagi tahun ini. Jadi pelanggan kami boleh berharapka­n pengalaman yang lebih menarik, hanya dengan unifi,” katanya.

Shazalli juga berkata, TM memberi keutamaan kepada inisiatif dalam seluruh organisasi bagi tahun ini untuk menjadi lebih fokus dalam mencapai keputusan yang lebih pantas memandangk­an landskap pasaran yang mencabar sekarang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia