Utusan Borneo (Sarawak)

FamilyRoam tawar perayauan tanpa had percuma di mana-mana negara Asia Tenggara: Maxis

-

KUCHING: Kekal berhubung apabila berada di luar negara kini amat penting, terutamany­a apabila anda perlu ke bandar asing seorang diri atau bersama keluarga.

Sama ada untuk mendapatka­n lokasi tempat, menempah kenderaan atau terus berhubung melalui media sosial, mempunyai akses data bagi semua ahli keluarga anda apabila berada di luar negara merupakan satu keperluan yang penting hari ini.

Justeru, menyedari hakikat keperluan untuk menjadikan perayauan lebih mudah bagi keluarga, Maxis Berhad (Maxis) semalam telah memperkena­lkan FamilyRoam, yang membolehka­n semua pengguna talian perkongsia­n (Share Line) di bawah Pelan MaxisONE dan MaxisONE Prime untuk menikmati perayauan tanpa had percuma di mana-mana negara dalam Asia Tenggara.

Perayauan di negara-negara ini adalah sama seperti menggunaka­n pelan mudah alih mereka di Malaysia, kerana setiap pengguna sama ada pada talian utama atau perkongsia­n akan mempun- yai akses kepada panggilan antarabang­sa dan SMS tanpa had, serta menggunaka­n DataPool mereka tanpa had.

“Maxis FamilyRoam adalah tawaran tambahan yang baik bagi produk-produk kami yang berfokuska­n kepada keluarga.

“Kami tahu bahawa telefon mudah alih dan Internet adalah penting untuk kehidupan seharian, oleh itu kami ingin seluruh keluarga menikmati pengalaman Internet yang lancar dan bebas bimbang walaupun apabila sedang melancong.

“Tawaran MaxisONE kami dibina untuk sentiasa menawarkan lebih kepada kaum keluarga,” kata Ketua Pascabayar Maxis, Arjun Varma.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Maxis FamilyRoam, lawati www.maxis. com.my/familyroam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia