Utusan Borneo (Sarawak)

POLIS TAHAN EMPAT KAKI PECAH RUMAH

-

SIBU: Empat lelaki dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah di Lorong Kuing Tung 21 berjaya ditahan pasukan polis Task Force D4 Polis di sini, tengah hari kelmarin.

“Polis hanya mengambil masa kurang dua jam untuk menangkap kumpulan pecah rumah terbabit selepas kes dilaporkan pengadu pada jam 10.21 pagi Isnin,” kata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi.

Katanya, empat suspek terbabit yang berumur antara 33 dan 49 tahun dicekup pasukan Task Force D4 yang diketuai Inspektor Baharuddin Sabang di sebuah rumah di Lorong 9, Jalan Oya pada jam 12.30 petang Isnin.

Katanya, polis yang membuat pemeriksaa­n di alamat tersebut telah melakukan tangkapan dan rampasan barang kes.

Antara barang kes yang dirampas ialah satu unit pendingin hawa jenama Gree, enjin kipas jenama Daikin, enjin kipas jenama Panasonic, enjin kipas jenama Gree dan lima bingkai gambar pelbagai saiz.

Terdahulu dalam kejadian pada jam 2.58 pagi semalam, pengadu, 31, dimaklumka­n jirannya bahawa rumahnya telah dimasuki beberapa orang yang tidak dikenali.

Menurut Stanley, pengadu membuat laporan polis pada jam 10.21 pagi selepas membuat pemeriksaa­n pada jam 7.30 pagi dan mendapati pelbagai barangan dalam rumahnya hilang.

“Kesemua suspek akan direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah dan mencuri pada waktu malam,” tambahnya.

 ??  ?? DICEKUP: Empat suspek pecah rumah yang berjaya ditangkap.
DICEKUP: Empat suspek pecah rumah yang berjaya ditangkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia