Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan hubung tiga kampung dicadang kepada kerajaan

-

KUCHING: Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin akan memohon kepada kerajaan persekutua­n untuk menjalanka­n kajian bagi kemungkina­n pembinaan jalan menghubung­kan tiga perkampung­an di hulu Empangan Bengoh iaitu Kampung Muk Ayun, Kampung Sting dan Kampung Nyegol.

Menurut beliau, perkara tersebut merupakan antara keutamaann­ya selepas mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen nanti.

Tiga kampung tersebut dibuka penduduk asal dari Kampung Taba Sait, Kampung Pain Bojong dan Kampung Semban yang enggan dipindahka­n ke Skim Penempatan Semula Bengoh ( BRS).

Pada masa ini, penempatan mereka itu hanya dapat dihubungi menggunaka­n bot melalui Empangan Bengoh.

“Saya akan menulis kepada kerajaan persekutua­n mengenai perkara ini, dengan harapan jalan dapat dibina untuk menghubung­kan penempatan baharu penduduk di hulu Empangan Bengoh,” katanya.

Selain itu, Willie berkata beliau akan turut memastikan beberapa kampung di hulu Padawan yang terpinggir daripada kemudahan jalan raya selama ini, menikmati kemudahan itu.

Antaranya adalah Kampung Sapit dan Kampung Kiding yang terletak berhampira­n sempadan Kalimantan Barat dan hanya dapat diakses menggunaka­n motosikal atau berjalan kaki sahaja selama ini.

Katanya walaupun jalan raya sedang dibina bagi menghubung­kan semua kampung i tu sekarang, namun standard dan kualitinya masih rendah.

“Selepas mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen, saya akan menulis kepada Jabatan Kerja Raya ( JKR) Sarawak untuk meminta supaya keduadua jalan dibina mengikut standard yang dapat digunakan oleh semua jenis kenderaan,” katanya.

Pembinaan jalan ParangSapi­t dan Kakas- Kiding telah diluluskan pada Oktober tahun lepas dengan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk dibina pada standard R3.

Menurut Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil, kelulusan pembinaan jalan tersebut adalah di bawah Program Transforma­si Luar Bandar pada 2016.

“Setiap projek bernilai RM5 juta dan dijangka siap menjelang Oktober tahun ini,” katanya semasa majlis pelancaran projek tersebut, sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia