Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki seru JPN percepat permohonan kad pengenalan anak saudaranya

-

MIRI: Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) perlu mempercepa­t proses kelulusan permohonan kad pengenalan (MyKad) bagi kes-kes melibatkan kelewatan pendaftara­n.

Gagah Berundang, seorang penduduk dari Rumah Ricky di Nanga Lait, Tinjar, Baram berkata, anak saudaranya Ajung Kumap turut mengalami masalah sama.

“Ajung dari Kampung Antayan Kropok, Serian kini mengalami kesukaran untuk mencari pekerjaan kerana ketiadaan dokumen pengenalan yang sah padahal beliau adalah warganegar­a,” katanya di sini, semalam.

Anak saudaranya yang berusia 33 tahun dan mempunyai tiga anak itu tidak mempunyai dokumen pengenalan sah kerana lewat didaftarka­n kelahiran.

“Saya amat bimbang masa depan anak-anaknya kerana Ajung tidak bekerja tetap dan terpaksa bekerja di sektor perladanga­n untuk menyara keluarga,” katanya.

Gagah berkata, jika JPN memproses pemohonan bagi kes sedemikian lebih cepat, maka ia akan mencerahka­n masa depan Ajung untuk mencari pekerjaan tetap.

Sementara itu, jurucakap JPN Kuching memberitah­u, kes Ajung ketika ini masih menunggu penilaian dan siasatan kes oleh pihak panel pegawai JPN.

Jurucakap itu berkata, proses itu kemungkina­n akan mengambil tempoh beberapa bulan untuk panel JPN membuat keputusan.

Bagaimanap­un Ajung katanya, boleh mengetahui perkembang­an semasa status pemohonnya dalam tempoh tiga bulan lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia