Utusan Borneo (Sarawak)

Percaturan Zidane bakal tentukan masa depan Bale

Penyerang Wales itu sedia kekal di Real jika beraksi dalam kesebelasa­n utama menentang Liverpool pada final Liga Juara-Juara

-

MADRID, Sepanyol: Perhubunga­n Gareth Bale dengan jurulatih Zinedine Zidane akan dipertaruh­kan apabila Real Madrid menentang Liverpool pada final Liga Juara- Juara Sabtu ini.

Kedua- dua pihak dikatakan tidak mesra sejak Zidane tidak menyenarai­kan Bale pada perlawanan pertama pusingan kedua menentang Paris Sain t G e rmain (P S G) pada bulan Februari.

Dengan saingan kejuaraan La Liga Sepanyol sudah berakhir, reputasi Zidane kini bergantung kepada kejuaraan di Eropah dan menggugurk­an Bale memberikan satu pesanan jelas tentang kekurangan kepercayaa­n pada perlawanan yang paling penting.

Tetapi titik perubahan ialah pada bulan April, pada perlawanan suku akhir kedua menentang Juventus di tempat sendiri di mana Bale menjaringk­an tiga gol dari tiga perlawanan terakhir, enam dari lima termasuk perlawanan untuk skuad kebangsaan Wales, dan mendapat ganjaran apabila diturunkan dalam kesebelasa­n utama di Santiago Bernabeu.

Bagaimanap­un, Zidane mengeluark­an beliau pada masa rehat ketika Real ketinggala­n 0- 2. Dengan cara tersembuny­i, Zidane membahagik­an kesalahan kepada Bale dan paling

Ia bukan menghukum Gareth tetapi sesuatu harus diubah. Jurgen Klopp Pengurus Liverpool

jelas ialah menghukum beliau secara terbuka. “Ia bukan menghukum Gareth tetapi sesuatu harus diubah,” kata Zidane selepas perlawanan. “Saya tidak gembira dengan pendekatan permainan.” Bale bagai mana pun berasa terkilan dan i a jelas kelihatan s e - masa latihan dengan satu sumber memberitah­u AFP di mana Bale dan Zidane kelihatan tidak bercakap sesama mereka. Tiga hari selepas R e al menewaskan Juventus, menerusi tendangan penalti lewat Cristiano Ronaldo, mereka berdepan kunjungan sukar ke Malaga dan beberapa pemain utama termasuk Bale tidak diturunkan. Real menegaskan mereka direhatkan tetapi ketika pemain seperti Ronaldo, Toni Kroos, Luka Modric dan Marcelo kembali beraksi menentang Atletico Bilbao selepas itu, Bale mendapati pati beliau sekali lagi bermula di bangku simpanan. an.

Pada masa beliau tidak diturunkan u n kan untuk keduadua perlawaerl­awanan separuh aruh akhir menentang ang Bayern Munich, h, Bal Bale e hanya bermain sekali dalam kesebe- lasa n u tam a dari lima perlawanan erlawanan terakhir.

“Ia sentiasa akan berlaku dalam pasukan seperti kami,” kata Zidane. “Ada pemain dalam prestasi baik dalam pasukan, yang juga bermain dengan baik.” Jika ia saat paling bawah, ada saat terb terbaik dalam beberbe apa min minggu dari pre prestasi Bale dan perhubunga­n hubunganny­a dengan Z idane. Gol ca cantik ketika me menentang Barce Barcelona adalah kemuke n cak dari tempoh h hambar beliau s sebel lum di disusuli l dua lagi gol dan dipilih pemain terbaik perlawanan ketika menentang Celta Vigo. Bale menjaringk­an gol menentang Villarreal pada hari Sabtu untuk gol kelima dari empat penampilan terakhir dalam kesebelasa­n utama.

Ia bermakna final menentang Liverpool hujung minggu ini mewakili satu ujian penting.

Dalam satu temu bual dengan Real Madrid TV Selasa lepas, Bale menjelaska­n, apabila ditanya tentang prestasi beliau: “Saya merasakan saya dalam prestasi yang baik ketika ini.”

Sumber memberitah­u AFP bahawa pilihan pertama Bale pada musim panas ini ialah menolak tawaran dari England dan terus kekal di Real Madrid, di mana beliau gembira dengan gaya kehidupan, sokongan di peringkat tertinggi kelab dan juga di mana keluar- ganya sudah menyesuaik­an diri.

Tetapi kesabaran beliau ada hadnya.

Jika Zidane mengembali­kan Bale untuk perlawanan terbesar Real musim ini, ia akan meneruskan satu kesinambun­gan untuk terus kekal di Real.

Jika beliau tidak mengendahk­an prestasi Bale dan meletakkan beliau sekali lagi di bangku simpanan, pemulihan perhubunga­n dijangka tidak akan berlaku.

“Beliau bermain dengan sangat baik, menjaringk­an banyak gol baru- baru ini,” kata Zidane Selasa lepas. “Bukan hanya kerana itu tetapi beliau seorang yang konsisten. Beliau tidak bermain dengan kerap tetapi pada tiga perlawanan terakhir, beliau bermain dengan baik.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? PERSIAPAN RAPI: Zidane (dua kanan) memerhatik­an pergerakan Ronaldo (kanan) ketika melakukan tandukan pada sesi latihan di Madrid, Sepanyol Selasa lepas.
— Gambar Reuters PERSIAPAN RAPI: Zidane (dua kanan) memerhatik­an pergerakan Ronaldo (kanan) ketika melakukan tandukan pada sesi latihan di Madrid, Sepanyol Selasa lepas.
 ??  ?? BALE
BALE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia