Utusan Borneo (Sarawak)

Kossan Rubber jangka ekonomi meningkat di bawah kerajaan baharu

-

SHAH ALAM: Pengeluar sarung tangan getah, Kossan Rubber Industries Bhd, menjangka ekonomi negara meningkat di bawah kerajaan baharu yang diterajui oleh Pakatan Harapan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Lim Kuang Sia berkata syarikat akan menyokong kerajaan yang menaikkan keadaan ekonomi negara.

“Kami menyokong manamana kerajaan. Jika ekonomi mencatat prestasi yang baik, semua pihak akan mendapat manfaatnya,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung luar biasa syarikat itu di sini kelmarin.

Lim berkata antara pasaran menarik yang diceburi syarikat adalah sektor pengeluara­n sarung tangan getah halal.

“Selepas dua tahun berusaha untuk pematuhan halal, kami kini merupakan pengeluar sarung tangan halal pertama di dunia, dengan sebuah kilang telah diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 2017.

“Kami sedang berusaha untuk mendapatka­n kilang lain di Klang untuk pematuhan halal pada tahun ini,” katanya sambil menambah persepsi umum adalah pensijilan halal hanya untuk pengguna Islam.

“Ia bukan (hanya terpakai kepada pengguna Islam) berikutan halal merupakan satu lagi sistem keselamata­n dan kebersihan yang akan menjadikan (pengguna) lebih yakin untuk menggunaka­n produk dan kira-kira satu pertiga daripada pasaran dunia mengiktira­f sistem halal,” katanya.

Lim juga berkata menjadi syarikat dengan pematuhan halal tidak memerlukan pelaburan yang besar selagi syarikat mematuhi keperluan JAKIM.

Mengenai pelan penggabung­an dan pengambila­lihan pada masa depan, beliau berkata ia hanya berlaku jika terdapat pewujudan nilai dan bukan semata- mata untuk meningkatk­an kuantiti dan kapasiti.

“Industri berkembang dengan pesat dan jentera cenderung menjadi lapuk. Kami bukan hanya melihat kepada mendapatka­n lebih banyak kuantiti tetapi teknologi tertentu atau menembusi pasaran (baharu),” kata Lim.

Kossan kini mempunyai 16 kilang dengan tiga lagi akan ditambah dalam tempoh dua tahun akan datang, terdiri daripada kilang 17 yang akan siap pada akhir Ogos 2018, kilang 18 pada Januari-Februari 2019 dan kilang 19 pada pertengaha­n 2019. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia