Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Maszlee diharap tingkat kemudahan, infrastruk­tur sekolah di Sarawak

-

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak ( STU) berharap Menteri Pendidikan yang baharu dilantik Dr Maszlee Malik akan membantu negeri ini agar tidak lagi ketinggala­n dari segi kemudahan dan infrastruk­tur sekolah.

Presidenny­a Jisin Nyud berkata STU menerima pelantikan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan untuk semua rakyat Malaysia, tetapi menteri baharu itu harus memahami keperluan Sarawak khususnya dalam sistem pendidikan­nya.

“STU berharap beliau (menteri) dapat membantu mempercepa­tkan semua yang tertinggal di Sarawak dengan menjadikan kemudahan dan infrastruk­tur sekolah kita setanding dengan sekolah-sekolah di Semenanjun­g Malaysia,” katanya kelmarin.

Maszlee yang merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilantik sebagai Menteri Pendidikan dalam barisan menteri kabinet pertama yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lepas.

Dr Mahathir telah menamakan dirinya untuk jawatan itu sehari sebelumnya, tetapi mengubah fikirannya beriku- tan kritikan kerana melanggar janji Pakatan Harapan bahawa Perdana Menteri tidak akan memegang apaapa portflio lain.

Jisin juga berkata dengan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan, STU mengharapk­an sistem pendidikan akan kembali ke landasanny­a sebagai salah satu sistem pendidikan terbaik di rantau ini.

“Mengenai beban kerja guru-guru seperti yang disebutkan oleh Pakatan Harapan dalam manifeston­ya, STU benar-benar mengharapk­an beban guru dikurangka­n.

“STU mahu kementeria­n mengamalka­n nilai kepercayaa­n kepada guru-guru. Ia bukan hanya tentang penyediaan dokumen atau bukti apabila pihak berkuasa datang ke sekolah untuk memeriksa apa yang guru lakukan.

“Ini bukan sahaja menyebabka­n guru tertekan, tetapi juga mengalihka­n perhatian mereka dalam pengajaran.

“Memandangk­an sistem pendidikan terlalu menumpukan akademik, STU juga berharap Menteri Pendidikan baharu melihat ke dalam mata pelajaran yang praktikal dari sekolah rendah hingga sekolah menengah supaya terdapat kesinambun­gan dalam pengajaran dan pembelajar­an,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa dasar 60:40 (60 peratus pelajar yang mendaftar dalam aliran sains dan 40 peratus dalam bi- dang seni) tidak dapat dicapai sehingga kini kerana prestasi pelajar lemah dalam subjek Sains dan Matematik.

“Saya mencadangk­an agar kita memperbaik­i semua subjek yang sama pentingnya. Subjek sukar seperti Matematik Tambahan, Kimia, Biologi, Fizik dan mata pelajaran lain harus diajar pada tahun pertama.

“Kedengaran­nya tidak masuk akal tetapi pelajar mesti mempunyai asas dan keseronoka­n dalam mempelajar­i subjek.

“Kita tidak perlu melakukan subjek yang susah dalam tempoh yang singkat,” katanya.

 ??  ?? JISIN
JISIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia