Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta dari 8 hingga 10 Jun depan bakal mempromosi­kan pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian kaum Bisaya

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Pesta Babulang yang memasuki edisi ke-15 tahun ini dijangka lebih meriah dengan siapnya Pusat Kebudayaan Bisaya (PKB) yang menjadi mercu tanda lebih 10,000 masyarakat Bisaya di di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata, PKB bernilai RM1.5 juta dapat mempromosi dan membangunk­an aktiviti kebudayaan dan kesenian kaum Bisaya, khususnya pada Pesta Babulang yang diadakan selama tiga hari bermula 8 hingga 10 Jun depan.

“PKB sudah beroperasi dan diguna untuk mempromosi­kan aktiviti kebudayaan dan kesenian masyarakat Bisaya terutama pada penganjura­n Pesta Babulang ini nanti,” katanya pada sidang media Pesta Babulang di Pejabat Residen Limbang, semalam.

PKB sudah beroperasi dan diguna untuk mempromosi­kan aktiviti kebudayaan dan kesenian masyarakat Bisaya terutama pada penganjura­n Pesta Babulang ini nanti. Paulus Palu Gumbang ADUN Batu Danau

Turut hadir ialah Residen Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Temenggung Nicholas Buyok Pura, ketuaketua jabatan kerajaan dan jawatankua­sa penganjur Pesta Babulang 2018.

Paulus menjelaska­n lagi, Persatuan Bisaya Sarawak (PBS) selaku penganjur program itu turut menyasarka­n 10,000 pengunjung tempatan dan luar membanjiri pesta kali ini.

“Dari segi promosi, kita menjalin kerjasama dengan sebuah ejen pelanconga­n dari Brunei yang berperanan membawa pengunjung luar ke Pesta Babulang kali ini,” ujarnya.

Jelas beliau, acara lumba kerbau terpaksa dikurangka­n tahun ini kerana ada pelumba beragama Islam yang tidak dapat mengambil bahagian kerana diadakan pada Ramadan.

Bagaimanap­un ujarnya, aktiviti lain dikekalkan termasuk pelbagai acara sinonim dengan suku Bisaya termasuk lumba kerbau, Ratu Babulang, Nakod Babulang dan acara kebudayaan lain yang mewarnai kemeriahan pesta itu saban tahun.

“Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dijangka merasmikan majlis Malam Pementasan dan Kebudayaan yang diad- akan pada malam 8 Jun.

“Manakala, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dijangka merasmikan Pesta Babulang dan Lumba Kerbau 2018 pada sebelah siang (9 Jun),” ujarnya lagi.

Pada kali ini menurutnya, Fajar Internatio­nal College akan menaja biasiswa kepada pemenang Ratu Babulang iaitu sebanyak RM15,000 ( juara), RM10,000 ( naib juara) dan ketiga RM7,000.

Beliau opitmis Pesta Babulang tetap meriah dengan kehadiran pengunjung tempatan dan luar meskipun disambut pada Ramadan.

Antara aktiviti yang akan diadakan termasuk pemeriksaa­n kesihatan, bola sepak, Ratu Babulang/ Badoro, petandinga­n bagandang, mewarna, Nakod Babulang dan rumah terbuka, pameran dan jualan hasil kraf tangan, Bisaya Kitchen dan pelbagai aktiviti lain.

 ??  ?? JOM SERTAI: Paulus (duduk tiga kiri), Ahmad Denney bersama ketua-ketua jabatan kerajaan dan jawatankua­sa penganjur Pesta Babulang pada sidang media semalam.
JOM SERTAI: Paulus (duduk tiga kiri), Ahmad Denney bersama ketua-ketua jabatan kerajaan dan jawatankua­sa penganjur Pesta Babulang pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia