Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan masih mempunyai dana untuk bayar obligasi hutang syarikat pelaburan negara

-

PUTRAJAYA: Menteri Kewangan Lim Guan Eng yakin mengenai keupayaan kerajaan untuk menghormat­i kewajipann­ya membayar hutang berkaitan 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB), sekali gus memberi isyarat positif kepada pasaran kewangan.

Beliau berkata kerajaan masih mempunyai dana untuk membayar obligasi hutang syarikat pelaburan negara itu, dan kerajaan sekarang komited untuk menyelesai­kan masalah berkenaan.

“Kami akan menghormat­i kewajipan antarabang­sa, dan ini akan meyakinkan pasaran bahawa kerajaan menyedari tindakan yang sedang dilakukann­ya, dan kerajaan juga mesra pasaran dan mematuhi norma kewangan antarabang­sa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bulanan Kementeria­n Kewangan (MoF) pertamanya selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan, di sini kelmarin.

Lim berkata asas ekonomi Malaysia kukuh, kerajaan baharu akan berusaha untuk menjadikan kedudukan fiskal negara lebih mampan.

“Dalam sektor kewangan, sebagai contoh, asasnya masih kukuh dan bank juga stabil disebabkan mereka ( mempunyai) permodalan yang tinggi, dan pinjaman tidak berbayar yang rendah ... kecairan dalam dana atau pasaran modal juga tinggi,” katanya.

Mengenai tindak balas kejutan pasaran saham terhadap ketelusan kerajaan mengenai kedudukan kewangan negara, Lim berkata pendedahan itu mungkin atau mungkin tidak menjadi penyebab kerugian di Bursa Malaysia.

“Sama ada ini punca, terpulang kepada pasaran untuk menentukan, namun bukan hanya pasaran saham Malaysia yang jatuh. Anda melihat Thailand, Amerika Syarikat dan negara-negara lain, terdapat pasaran saham lain yang jatuh. terdapat faktor antarabang­sa yang lain.

“Biar broker saham atau penganalis­is melihat sama ada ia hanya membabitka­n Malaysia atau di rantau atau di seluruh dunia. Namun sudah pasti akan terus berfikiran terbuka dan mengambil semua pandangan dan menerima kritikan,” katanya.

Bursa Malaysia meneruskan kerugianny­a kelmarin, den- gan penganalis­is mengaitkan­nya dengan hutang negara dan isu-isu yang berlaku mengenai 1MDB sebagai punca kebimbanga­n dalam kalangan pelabur. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Lim Guan Eng pada sidang media mengenai isu kewangan negara di Kementeria­n Kewangan, kelmarin.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Lim Guan Eng pada sidang media mengenai isu kewangan negara di Kementeria­n Kewangan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia