Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai membanjiri nurseri Master Chen Durian Musang King

-

SIBU: Orang ramai membanjiri nurseri Master Chen Durian Musang King di Lot 98, Jalan Wong King Huo di sini, semalam.

Rata-rata pengunjung tidak melepaskan peluang untuk membeli anak pokok dan durian Musang King.

Ia dijual dari RM75 hingga RM150 sekilogram mengikut gred.

Bagi anak pokok durian, ia dijual dengan harga RM75 hingga RM600 mengikut ketinggian.

Sementara itu, menurut Master Chen atau David Chen yang berpengala­man lebih 20 tahun dalam penanaman durian Musang King, mereka akan menjadikan nurseri tersebut sebagai pusat pengumpula­n durian pada November ini.

“Ia untuk dijual di mana orang ramai yang mempunyai kebun durian bolehlah menjualnya kepada kami di sini.

“Difahamkan, musim durian di sini akan bermula pada November,” katanya kepada pemberita.

Jelasnya, orang ramai juga boleh membeli durian di nurseri itu.

“Kami akan menjual pelbagai jenis durian tempatan termasuk Musang King,” katanya lagi.

Chen memberitah­u, anak pokok Musang King akan terus dijual di nurseri itu sampai bila-bila termasuk buahnya.

Turut sibuk melayan karenah pengunjung ialah Ketua Pegawai Eksekutif Durian Musang King Kawasan Wilayah Tengah Kapitan So Teck Kee dan Pengurus Master Chen Durian Musang King bagi nurseri Sibu Augustine So.

Orang ramai yang mempun- yai sebarang pertanyaan lanjut mengenai durian Musang King atau yang berkaitan boleh menghubung­i Chen menerusi talian 014-6922158 atau Augustine (0168553774).

 ??  ?? MUSANG KING DI SIBU: So (tiga kiri) dan Chen (dua kanan) ketika bersama para pelanggan mereka.
MUSANG KING DI SIBU: So (tiga kiri) dan Chen (dua kanan) ketika bersama para pelanggan mereka.
 ??  ?? TUMPUAN: So (dua kanan) sibuk melayan karenah pelanggan yang hadir.
TUMPUAN: So (dua kanan) sibuk melayan karenah pelanggan yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia