Utusan Borneo (Sarawak)

Menang objektif utama Mexico

-

LOS ANGELES: Mexico pergi ke Rusia untuk kejohanan bola sepak Piala Dunia dengan satu objektif yang jelas, untuk mara ke peringkat akhir dan memenangin­ya, kata pemain pertahanan Hector Moreno kelmarin.

“Kami akan bermain di Piala Dunia untuk memenangin­ya,” kata pemain pertahanan Real Sociedad itu ketika Mexico bersiap sedia untuk menentang Wales pada malam ini (Isnin) di Rose Bowl, Pasadena.

“Bagi saya, perkara penting ialah untuk pulang ke tanah air dan tidak ada sebarang rasa menyesal.

“Kami tahu kami bukan pasukan pilihan untuk menang. Kami tahu tidak ada orang yang fikir Mexico akan menang. Saya rasa pasukan Mexico sudah bersedia.”

Moreno, 30, merupakan anggota skuad awal Piala Dunia yang terdiri daripada 28 pemain yang dipilih oleh jurulatih Juan Carlos Osorio pada bulan ini.

Dia mahu bermain dalam Piala Dunia ketiga selepas Afrika Selatan pada 2010 dan Brazil 2014.

Osorio juga yakin Mexico, yang kecundang pada peringkat 16 terakhir dalam enam Piala Dunia terakhir, dapat membuat kejutan di Rusia.

“Kami percaya kami dapat mara ke peringkat akhir, sebagai atlet dan manusia, ia adalah hak kami untuk percaya, kerana kami berusaha gigih untuknya,” kata Osorio.

Mexico, yang diundi dalam Kumpulan F bersama Jerman, Korea Selatan dan Sweden, akan memulakan kempen dengan perlawanan menentang juara bertahan Jerman. — AFP

 ??  ?? MARK HUGHES
MARK HUGHES
 ?? — Gambar AFP ?? RAMAH: Javier Hernandez menghadiri sidang media semasa Hari Media Mexico di Beverly Hills, California.
— Gambar AFP RAMAH: Javier Hernandez menghadiri sidang media semasa Hari Media Mexico di Beverly Hills, California.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia