Utusan Borneo (Sarawak)

Kemenangan selesa suntik semangat skuad Tok Gajah

-

KUANTAN: Kemenangan selesa 4-0 Pahang ke atas Kuala Lumpur pada saingan Liga Super semalam, akan meningkatk­an motivasi dan tahap keyakinan pasukan terutama buat dua pemain import baharu pasukan itu.

Pengendali Pahang, Dollah Salleh berkata beliau gembira dengan persembaha­n Issey Farran Morgan Nakajima dan Amamchi Augustine Iwuji kerana berjaya menjaringk­an gol meskipun sudah diturunkan dalam dua perlawanan terdahulu.

“Persembaha­n dua pemain import baharu berbeza iaitu kesungguha­n ketika latihan dan aksi sebenar yang dilihat tidak seberapa... tetapi kini mereka telah membuktika­n keupayaan sebenar kepada rakan sepasukan,” katanya pada sidang media di Stadium Darul Makmur di sini, malam kelmarin.

Meskipun mencatatka­n kemenangan, Dollah mengakui beliau masih belum berpuas hati sepenuhnya dengan persembaha­n yang ditunjukka­n pasukan Tok Gajah dan berharap dapat ditingkatk­an pada perlawanan seterusnya.

Beliau juga mengakui agak lega dengan perkembang­an terbaharu itu setelah kehilangan tonggak utama, Patrick Dos Santos Cruz yang terpaksa direhatkan selepas mengalami kecederaan pada perlawanan malam kelmarin.

“Saya jangka Patrik Cruz tidak dapat diturunkan dalam tempoh dua atau tiga minggu dan mungkin dia kembali pulih selepas cuti hari raya Aidilfitri,” katanya.

Sementara itu, Amamchi berterima kasih kepada Dollah dan rakan sepasukan yang tidak jemu memberi sokongan untuknya bermain cemerlang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia