Utusan Borneo (Sarawak)

1,700 INDIVIDU DILANTIK SUKARELAWA­N

Bagi melancarka­n penganjura­n SUKMA Perak 2018 berlangsun­g dari 12 hingga 22 September depan

-

IPOH: Seramai 1,700 individu telah dilantik menjadi sukarelawa­n Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 yang bakal berlangsun­g dari 12 hingga 22 September depan.

Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Pembanguna­n Modal Insan, Howard Lee Chuan How berkata jumlah itu dijangka bertambah selepas 3,500 daripada kirakira 4,000 pemohon lain melepasi saringan keselamata­n oleh polis pada April lalu.

“Selain itu, Melaka dan Pulau Pinang juga akan menghantar sukarelawa­n dari negeri masing-masing bagi membantu.

“Persetujua­n ini dicapai setelah saya berjumpa dengan Exco sukan dan belia keduadua negeri itu dan mereka bersetuju menghantar rombongan sukarelawa­n untuk bersama sukarelawa­n kita nanti,” katanya pada sidang media di Stadium Perak di sini malam kelmarin.

Mengulas mengenai persiapan venue SUKMA di Kerian, Pangkalan Hulu serta Larut, Matang dan Selama sejak 24 Mei lalu, Lee berkata ada di antaranya mungkin akan mengalami kelewatan.

“Kita juga mungkin menyemak semula venuevenue pertanding­an yang dijangka tidak dapat digunakan bagi tujuan SUKMA ini untuk dipindahka­n ke venue lain tanpa melibatkan sebarang kos,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu memaklumka­n kerajaan negeri bersetuju melantik bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan selaku perunding bagi kejohanan SUKMA 2018.

Katanya perkara itu diputuskan selepas mengambil kira pengalaman dan keterlibat­an beliau selaku antara teraju utama dalam penganjura­n sukan berkenaan sebelum ini.

“Selain itu, pelantikan ini juga membuktika­n bahawa pentadbira­n kerajaan baharu ini tidak memilih bulu dan mampu bekerjasam­a dengan semua pihak asalkan ia membawa kebaikan kepada negeri,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Puhat merupakan bekas Pengerusi Bersama Jawatankua­sa Induk SUKMA Perak 2018 yang berperanan selaku pemimpin utama yang dipertangg­ungjawabka­n dalam menjayakan penganjura­n temasya tersebut.

Sementara itu, Abdul Puhat merakamkan penghargaa­n kepada kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan kerana memberi kepercayaa­n kepadanya bersama- sama menjayakan SUKMA 2018.

Katanya beliau akan melaksanak­an tanggungja­wab yang diamanahka­n itu dengan penuh komitmen bersama barisan baharu yang mengetuai penganjura­n kejohanan tersebut. — Bernama

Selain itu, Melaka dan Pulau Pinang juga akan menghantar sukarelawa­n dari negeri masingmasi­ng bagi membantu. Howard Lee Chuan How Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Pembanguna­n Modal Insan

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK MB BAHARU: Ahmad Faizal (tengah) menerima jersi bola Perak daripada Abdul Puhat sambil disaksikan Lee (dua kanan) dan yang lain ketika sidang media pada perlawanan bola Liga Super Perak bertemu PKNP FC di Stadium Perak malam kelmarin.
— Gambar Bernama UNTUK MB BAHARU: Ahmad Faizal (tengah) menerima jersi bola Perak daripada Abdul Puhat sambil disaksikan Lee (dua kanan) dan yang lain ketika sidang media pada perlawanan bola Liga Super Perak bertemu PKNP FC di Stadium Perak malam kelmarin.
 ?? — Gambar Bernama ?? HALANG: Pemain Perak, Muhammad Nasir Basharudin (kiri) menghalang kemaraan pemain PKNP FC, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi (kanan) pada perlawanan bola Liga Super 2018 di Stadium Perak malam kelmarin.
— Gambar Bernama HALANG: Pemain Perak, Muhammad Nasir Basharudin (kiri) menghalang kemaraan pemain PKNP FC, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi (kanan) pada perlawanan bola Liga Super 2018 di Stadium Perak malam kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia