Utusan Borneo (Sarawak)

Suri rumah jadi mangsa tipu bantuan kerajaan

-

MIRI: Seorang suri rumah menjadi mangsa penipuan selepas terpedaya dengan janji satu sindiket menawarkan bantuan kerajaan kepadanya.

Menurut sumber, kejadian berlaku pagi kelmarin apabila mangsa dipercayai mengikut sekumpulan orang yang tidak dikenaliny­a masuk ke dalam sebuah kereta.

“Dalam perjalanan ke suatu tempat, kumpulan terbabit sempat membawa mangsa ke sebuah pusat beli-belah di Mosjaya di sini dan memberi beberapa barang keperluan asas kepada mangsa.

“Mangsa kemudianny­a dibawa ke Pusat Komersil Boulevard dan ditawarkan memohon bantuan daripada sebuah badan amal,” kata sumber.

Bagaimanap­un, sebelum dibawa kononnya ke pejabat badan amal itu, mangsa dipercayai diarahkan menanggalk­an semua barang kemas dan beg tangan di dalam kereta.

“Mangsa hanya membawa dokumen pengenalan diri dan wang tunai sebanyak RM20 diarahkan naik ke sebuah premis di tingkat satu oleh seorang wanita daripada kumpulan tersebut.

“Mangsa kemudianny­a terkejut apabila pekerja di premis itu memberitah­u bahawa mangsa pergi ke tempat yang salah,” katanya.

Menyedari dirinya ditipu, mangsa dengan segera turun ke tingkat bawah dan mencari kereta dinaikinya namun tidak berjaya menjumpai kereta terbabit.

Difahamkan, mangsa ditemani keluargany­a membuat laporan polis untuk siasatan lanjut mengenai kejadian tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia