Utusan Borneo (Sarawak)

Dua mayat dipercayai mangsa bot karam dijumpai

Operasi SAR yang dilancar di Nanga Entabai, Julau semalam menemui dua lagi mayat mangsa

- Oleh Kepu Sidi

JULAU: Operasi mencari dan menyelamat ( SAR) dilancarka­n di Nanga Entabai, Julau pagi semalam berjaya menemui dua lagi mayat mangsa dilaporkan hilang dalam dua kes berasingan melibatkan tragedi bot karam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata mayat pertama dijumpai pasukan SAR sekitar jam 9.55 pagi.

“Mayat tersebut adalah seorang wanita dipercayai mangsa bot karam di Lubuk Sepali iaitu Eviline Linty Kaya, 23.

“Mayat mangsa ditemui terapung di kawasan Lubuk Juge, Nanga Selurung, dekat sini,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, pada jam 11.08 pagi satu lagi mayat iaitu seorang lelaki dipercayai Anjan Nyua, 66, ditemui pasukan SAR dan dipercayai mangsa dilaporkan hilang oleh ahli keluargany­a.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis pra-Gawai di Sekolah Kebangsaan ( SK) Nanga Entabai, Julau jam 12.30 tengah malam Selasa

Mayat tersebut adalah seorang wanita dipercayai mangsa bot karam di Lubuk Sepali iaitu Eviline Linty Kaya, 23. Nicholas Belulin Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor

lalu.

Berikutan penemuan kedua-dua mayat itu, operasi SAR melibatkan laluan sungai sama dihentikan jam 12 tengah hari.

Dalam kejadian jam 5 petang Khamis lalu, empat sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah panjang mereka di Rumah Bedali, Nanga Ensiring, Julau karam di Lubuk Sepali lebih kurang 50 meter dari jeti rumah panjang mereka.

Akibat kejadian itu, tiga mangsa iaitu dua wanita, Lenny Ingang, 54, Eviline Linty Kaya, 23, serta seorang kanak- kanak lelaki Kelvin Sama Markus, 6 tahun dilaporkan hilang dibawa arus sungai deras manakala juragan bot, Markus Kaya, 25, terselamat.

Pada tengah hari Jumaat lalu, mayat seorang wanita dipercayai Lenny Ingang dijumpai di tebing sungai berhampira­n Rumah Gani, Wong Bar, Julau manakala awal pagi Sabtu lalu, mayat seorang kanak-kanak lelaki dijumpai di Nanga Sepancur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah (KPD) Julau DSP Bidol Noyeng dihubungi turut mengesahka­n penemuan kedua-dua mayat tersebut.

“Sebaik sahaja ditemui, mayat- mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dibawa terus ke Hospital Sarikei untuk proses lanjut,” jelasnya.

Turut sama dalam operasi itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

 ??  ?? DIBAWA KELUAR: Mayat Anjan Nyua dibawa ke Hospital Sarikei oleh pasukan terlibat operasi SAR semalam.
DIBAWA KELUAR: Mayat Anjan Nyua dibawa ke Hospital Sarikei oleh pasukan terlibat operasi SAR semalam.
 ??  ?? TERAPUNG: Mayat seorang wanita dipercayai Eviline Linty Kaya ditemui di kawasan Lubuk Juge, Nanga Selurung.
TERAPUNG: Mayat seorang wanita dipercayai Eviline Linty Kaya ditemui di kawasan Lubuk Juge, Nanga Selurung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia