Utusan Borneo (Sarawak)

Tajem berpegang kepada falsafah mahu melihat Dayak maju: Baru

-

KUCHING: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian menyifatka­n mendiang Dato Sri Daniel Tajem, 82, sebagai seorang pemimpin berpegang kepada falsafah sejati mahu melihat bangsa Dayak maju.

“Saya mengenali mendiang ketika kami bersama- sama dalam Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) pada tahun 1990an, semasa itu PBDS selaku parti politik pembangkan­g. Kami bersama sehingga PBDS dibatalkan pendaftara­nnya.

“Mendiang seorang yang berpegang kepada falsafah sejati iaitu mahu membantu Dayak agar maju,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar semalam.

Baru yang juga Ahli Parlimen Selangau berkata Tajem dalam semua tindakanny­a sentiasa mematuhi undang-undang dan mahu melakukan pekara yang betul.

Beliau berkata sebagai seorang peguam, mendiang Tajem tidak pernah mengenal erti penat dalam memperjuan­gkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) untuk rakyat.

Malah menurut Baru, walaupun sudah berusia dan pada tahun-tahun seniornya, mendiang masih hadir di Mahkamah Perse- kutuan khasnya dalam kes pertikaian tanah NCR melibatkan Masa Nangka dengan Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (PELITA).

“Saya sangat sedih apabila mengetahui beliau meninggalk­an kita buat selama-lamanya. Takziah dan rasa penuh simpati saya berikan kepada Datin Sri Ivy Tajem serta keluarga. Semoga Tuhan sentiasa bersama mereka pada saat mendukacit­akan ini,” katanya.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Daniel Tajem meninggal dunia di kediamanny­a di Tabuan Jaya di sini awal pagi semalam pada usia 82 tahun.

Mendiang memulakan kerjaya dalam bidang politik pada 1973 dengan menyertai Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Setahun selepas itu be- liau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga dan berjaya mempertaha­nkannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 1979.

Pada 23 Mac 1981, Tajem dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri dan pada masa sama memegang portfolio Menteri Pertanian dan Pembanguna­n Luar Bandar sehingga 1987.

Berikutan krisis kepimpinan dalam SNAP pada 1983, Tajem bersama Tan Sri Leo Moggie meninggalk­an parti dan menubuhkan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).

Pada 1996, Tajem menerima jawatan sebagai Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke New Zealand sehingga 16 Ogos 2000.

Selepas bersara daripada politik, mendiang banyak meluangkan masa di rumah bersama keluarga dan gemar berkebun.

 ??  ?? BARU
BARU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia