Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tolak pemberian coklat daripada netizen, dermakan kepada orang awam

-

KUCHING: Pasukan Polis Diraja Malaysia ( PDRM) Sarawak terpaksa menolak pemberian coklat daripada netizen yang baik hati dan mendermaka­nnya semalam kepada orang awam atas dasar menjaga integriti pasukan terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superitend­en Ismail Mahmood mengeluark­an kenyataan tegas beliau bahawa setiap pemberian yang hendak diberi atau disumbangk­an kepada pihaknya perlu melalui saluran yang betul.

“Kami PDRM mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diikuti oleh netizen iaitu menulis surat meminta kebenaran dan menyatakan kehendak mereka kepada ketua jabatan terlebih dahulu.

“Andai kata ketua jabatan bersetuju, baharulah pihak kami dapat menerima dan begitu juga sebaliknya jika tidak dipersetuj­ui,” katanya ketika mengulas pemberian oleh tiga netizen sekitar jam 4 petang kelmarin (26 Mei) di Balai Polis Sentral Kuching.

Tambanya, mereka yang memberi itu sememangny­a mempunyai niat yang baik dan anggotanya menerima dengan baik tetapi mendapati pemberian barang tersebut tidak mengikut SOP.

Bagaimanap­un, serah terima tersebut tidak mengikut SOP, kita dalam polis serah terima barang perlu menggunaka­n SOP daripada mana-mana pihak sekalipun, biarpun NGO atau individu perlu mengikut SOP itu terlebih dahulu.

“Kalau tidak, kami tidak mahu orang kata kami suka-suka terima barang...silap hari bulan nanti kena SPRM pula, jadi kami pulangkan semula barang berkenaan kepada orang ramai secara percuma.

“Ini bermakna kami langsung tidak menyimpan coklat berkenaan, itu sahaja yang kami mahu buat,” tegasnya.

Beliau tidak mahu orang ramai mempunyai salah tanggap terhadap pihak polis yang suka menerima barang atau meminta barang.

“Mungkin mereka tidak berapa faham, jadi kami jelaskan di sini perlu menghantar surat terlebih dahulu iaitu SOP sebelum pihak kami dapat menerima sebarang jenis sumbangan,” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah menerusi kenyataan dalam aplikasi laman sosial WhatsApp, menyatakan pendirian peribadi beliau bahawa pemberian coklat kepada anggota polis perlu dihentikan segera.

“Menurut berita aduan yang dibuat oleh Datuk Seri Najib terhadap polis yang menjalanka­n kerja menggeleda­h di rumahnya, memakan coklat yang di simpan di dalam peti sejuk di kediaman beliau itu perlu dihentikan dan anggota polis juga perlu berhenti menerima pemberian coklat daripada orang ramai.

“Sekiranya, coklat berkenaan diberikan sebagai pengiktira­fan atau penghargaa­n terhadap usaha keras mereka tidak mengapa jika diterima atau kerana pengorbana­n mereka bertugas dan tidak bercuti walaupun pada hari perayaan Gawai atau Hari Raya Aidilfitri itu adalah cerita lain,” ujarnya.

Sebelum ini, trend ‘Jom Bagi Coklat Kat Abang dan Akak Polis #chocs4cops’ di Kuching tercetus daripada seorang peguam dan aktivis Siti Kasim dan bekas Wartawan Sidek Kasimo di ibu negara.

 ??  ?? DEMI INTEGRITI: Ismail (tiga kiri) menderma bungkusan coklat pemberian netizen kepada orang ramai di hadapan Balai Polis Sentral Kuching semalam.
DEMI INTEGRITI: Ismail (tiga kiri) menderma bungkusan coklat pemberian netizen kepada orang ramai di hadapan Balai Polis Sentral Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia