Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri sudah umum akan teruskan dan menanggung pemberian elaun ketua kaum

- Oleh Sudan Ajang

TINJAR: Ketua- ketua kaum khususnya di kawasan Marudi dinasihati tidak mendengar sebarang maklumat kurang tepat berhubung pembayaran elaun mereka.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata ini kerana kerajaan negeri sudah mengumumka­n, akan meneruskan dan menanggung pemberian elaun itu.

“Saya menerima banyak pertanyaan melalui telefon dan WhatsApp daripada ketua kaum termasuk tuai rumah, pemanca dan ketua masyarakat mengenai elaun ini.

“Saya tegaskan bahawa elaun ketua- ketua kaum ditanggung kerajaan negeri bukannya Pakatan Harapan (PH),” kata Penguang pada Majlis Mantar Gawai Dayak di Rumah Niga Nyayong, Sungai Nyiro di sini kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Marudi itu turut memberi jaminan

Saya menerima banyak pertanyaan melalui telefon dan WhatsApp daripada ketua kaum termasuk tuai rumah, pemanca dan ketua masyarakat mengenai elaun ini. Datu Dr Penguang Manggil Menteri Muda Kerajaan Tempatan

bahawa tiada ketu kaum dibuang sembaranga­n.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam satu kenyataan pada Khamis lalu menyatakan kerajaan negeri meneruskan dan menanggung pemberian elaun itu.

Kenyataan itu sebagai maklum balas terhadap pekeliling dikeluarka­n Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW) menangguhk­an sementara semua urusan berkaitan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK)/JKKKP termasuk urusan pelantikan, pertukaran, bayaran elaun dan hal-hal lain berkaitan.

Penguang turut mengajak rakyat di kawasan itu agar bersama melindungi negeri ini daripada ‘ penjajahan’ politik luar yang bukan berasal dari sini.

“Meskipun di peringkat persekutua­n negeri kita adalah pembangkan­g namun di sini kerajaan masih memerintah. Keempat-empat parti komponen iaitu PBB, PDP, SUPP dan PRS merupakan parti asal kita.

Penguang berkata, hanya parti asal Sarawak sahaja dapat memperjuan­g hak rakyat negeri ini seperti menuntut hak Perjanjian Malaysia 1963 dan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

“Justeru, jangan kita gadai negeri ini kepada orang luar hanya kerana berlaku peru- bahan landskap politik di peringkat persekutua­n. Kita mesti pertahanka­n dan jaga negeri ini dengan apa cara sekalipun,” katanya.

Penguang turut menyampaik­an geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada penerima antaranya JKKK Rumah Niga (RM25,000), Biro Wanita Rumah Niga ( RM5,000), JKKK Ru- mah Aji Sungai Tuyut (RM30,000), JKKK Rumah Julau Kalang ( RM30,000) Gerempung Indu Rumah Julau ( RM5,000), Tetuan Rumah Sara ( RM30,000) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Bok (RM15,000).

Majlis itu dianjurkan ketua- ketua cawangan dan tuai- tuai rumah kawasan Beluru.

Hadir sama isteri Penguang Datin Monica Ukong Jaya, Setiausaha Politik Ketua Menteri Alexander Asing, Pengerusi Majlis Daerah Marudi (MDM) Kaunselor Edward Mendai, Penghulu Benang Pilang, ketua-ketua kaum dan tuai-tuai rumah sekitar Beluru.

 ??  ?? BERBUKA PUASA: (Duduk dari tiga kiri), Abdul Rahman, Lukanisman, Lee, Ting, Abdul Aziz bersama ketua-ketua kaum dan penghulu pada majis berbuka puasa di Miri semalam.
BERBUKA PUASA: (Duduk dari tiga kiri), Abdul Rahman, Lukanisman, Lee, Ting, Abdul Aziz bersama ketua-ketua kaum dan penghulu pada majis berbuka puasa di Miri semalam.
 ??  ?? SIMBOLIK: Penguang memotong buah ranyai sebagai simbolik Majlis Mantar Gawai Dayak di Rumah Niga Nyayong, Sungai Nyiro kelmarin.
SIMBOLIK: Penguang memotong buah ranyai sebagai simbolik Majlis Mantar Gawai Dayak di Rumah Niga Nyayong, Sungai Nyiro kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia