Utusan Borneo (Sarawak)

Kaum Dayak diingatkan rancang perbelanja­an secara berhemah

-

SRI AMAN: Masyarakat Dayak meraikan perayaan Hari Gawai pada 1 Jun depan diingatkan agar merancang perbelanja­an secara berhemah bagi mengelak pembaziran.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata sekiranya perbelanja­an tidak dirancang, ia boleh mendatangk­an pembaziran dan merugikan mereka.

“Bagi mengelak pembaziran kita perlu membuat perancanga­n awal dan membeli keperluan diperlukan sahaja,” katanya pada Majlis Sambutan Pra-Gawai Dayak 2018 anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Charlie Ata, Kampung Pruan, Sri Aman dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) Lingga di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Simanggang itu berkata, Gawai Dayak merupakan satu perayaan sebagai landasan merapatkan hubungan antara satu sama lain.

“S e t i a p m e n j e l a n g perayaan semua ahli keluarga bekerja di perantauan balik ke pangkuan keluarga atau kampung halaman masing- masing bagi meraikanny­a.

“Apabila berkumpul bersama seperti ini secara tidak langsung memperkuku­h semangat kekeluarga­an atau persaudara­an,” katanya.

Harden mengingatk­an agar budaya adat asal masyarakat Iban seperti ngajat, betaboh, ngetas ranyai, belantun, bejawang, bedungai serta miring dikekalkan.

Hadir sama Pengerusi SUPP Lingga Temenggung Kuek Aik Seng, Penghulu Tiong Ching Onn, Pemanca Michael John Sanggop, Kaunselor Water Killer, Kaunselor Lansing serta yang lain.

Pada majlis itu, Harden turut menyampaik­an geran berjumlah RM32,000 kepada enam JKKK serta sebuah biro wanita.

Penerima geran terdiri daripada JKKK Rumah Iban Chupong, Pruan Sri Aman ( RM2,000), JKKK Rumah Charlie Pruan, JKKK Rumah Robert Peruan dan JKKK Rumah Ayai Putat masing- masing RM5,000, JKKK Taman Gamang, Sri Aman ( RM6,000), JKKK Tawang Tengah (RM5,000) dan Bio Wanita Rumah Nyuin, Tawang Tengah, Tanjung Bijat ( RM3,000).

Harden turut menyampaik­an bantuan cermin mata sebanyak 238 unit kepada penduduk rumah panjang yang ditaja Biro Wanita SUPP Simanggang.

 ??  ?? GERAN: Harden (tiga kanan) menyampaik­an geran kepada Tuai Rumah Charlie (dua kiri) sambil diperhatik­an Kuek (dua kiri), Tiong (kiri) dan Water (kanan) semalam.
GERAN: Harden (tiga kanan) menyampaik­an geran kepada Tuai Rumah Charlie (dua kiri) sambil diperhatik­an Kuek (dua kiri), Tiong (kiri) dan Water (kanan) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia