Utusan Borneo (Sarawak)

Valerie dinobatkan Kumang Gawai Dayak Sibu

-

SIBU: Valerie Michelle Alli, 19, dari Sungai Ranan, Kanowit dinobatkan Kumang Gawai Dayak Sibu pada Majlis Pra-Gawai Dayak Sibu 2018 di Dewan Suarah Sibu malam kelmarin.

Dengan gelaran itu, Valerie yang juga pelajar membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,500 berserta piala, hamper, selempang dan mahkota.

Gelaran Lulong Gawai Dayak Sibu atau naib johan dimenangi Terrina Rosser Mujah, 20, dari Mukah yang merupakan kerani menerima wang tunai RM1,200 serta piala, hamper dan selempang.

Wati Assan, 20, dari Sungai Lengan merupakan pelajar, meraih gelaran Selinggar Matahari Gawai Dayak Sibu ataup tempat ketiga memenangi wang tunai RM1,000 serta piala, hamper dan selempang.

Rebecca Jane Jemeb, 18, dari Kampung Bahagia Jaya, Teku dan Christina Ringgit, 26, dari Sungai Sengan masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.

Rebecca menerima wang tunai RM300 serta selempang manakala Christina mendapat wang tunai RM250 serta selempang.

Lima peserta lagi (tempat keenam hingga ke-10) iaitu Cinderella Simong, 18, dari Tanjung Penasu, Mcqueen Menti Entry, 23 (Machan, Kanowit), Sharon Mathew, 24 (Kanowit), Florence Jega Jungan, 20, ( Sungai Arip, Selangau) dan Maliyana Maradi, 19 (Jalan Kemuyang) menerima RM150 setiap seorang sebagai hadiah sagu hati.

Kategori-kategori lain ditawarkan menyaksika­n Christina dipilih sebagai Model Fesyen Terbaik dan Kumang Gawai Pilihan diikuti Sharon (Peserta Paling Popular dan Pertuturan Terbaik).

Hadiah pemenang disampaika­n Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) merangkap Setiausaha Tetap Kementeria­n Utiliti Datuk Alice Jawan.

Turut mengiringi­nya Pengerusi Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sibu Angelyn Uchi Maseng serta isteri-isteri kenamaan.

Majlis Pra-Gawai Dayak Sibu 2018 dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta isteri, Datin Amar Doreen Mayang selaku ‘Tuai Pengabang’ (tetamu kehormat).

 ??  ?? KUMANG SIBU: Valerie ( duduk, tengah) diapit Terrina (kiri) dan Wati mengunggul­i pertanding­an Kumang Gawai Dayak Sibu 2018, malam kelmarin.
KUMANG SIBU: Valerie ( duduk, tengah) diapit Terrina (kiri) dan Wati mengunggul­i pertanding­an Kumang Gawai Dayak Sibu 2018, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia