Utusan Borneo (Sarawak)

SDNU Sibu berikrar komited laksana projek Rumah Dayak

-

SIBU: Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu berikrar komited serta berjuang melaksanak­an projek Rumah Dayak Sibu dalam apa cara sekalipun.

Pengerusin­ya Chambai Lindong berkata satu mesyuarat khas akan diadakan terlebih dahulu sebelum membawa usul tersebut ke pusat SDNU di Kuching.

“Kita berusaha keras sejak sekian lama mengumpul dana bagi membina Rumah Dayak di Sibu.

“Tapak tanahnya kita sudah ada dan terletak di Jalan Airport Lama. Selepas ini, saya bersama jawatankua­sa memperjuan­g perkara ini dengan apa cara sekalipun.

“Kita sudah menunggu lama dan tidak mahu komuniti kita kecewa tertunggut­unggu Rumah Dayak sejak sekian lama,” katanya pada Majlis Pra- Gawai Dayak Sibu 2018 di sini malam kelmarin.

Majlis itu disempurna­kan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Hadir sama isteri Uggah, Datin Amar Doreen Mayang, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Sains Dr Annuar Rapa’ee, Setiausaha Tetap Kementeria­n Utiliti merangkap Setiausaha Agung SDNU Datuk Alice Jawan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King, ADUN Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat, tiga Setiausaha Politik Ketua Menteri Romeo Christophe­r Tegong, Petrus Igat Matthias serta Daniel Bujal dan Temenggung Stanley Gramong.

Chambai berkata, dana dikumpul oleh SDNU Sibu selama ini masih ada untuk projek tersebut dan jawatankua­sa mereka sebelum ini pernah bercadang membeli lot rumah kedai.

“Jumlah dana kita kumpul tidaklah boleh saya umumkan secara terbuka seperti ini dan boleh diketahui dengan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) nanti.

“Kehadiran anda pada mesyuarat tersebut amat penting bagi mengetahui segala perancanga­n serta aktiviti SDNU Sibu,” jelasnya.

Sementara itu, pada tahun depan jawatankua­sa pen- ganjuran pra-Gawai Dayak Sibu dan SDNU Sibu amnya bercadang mewujudkan satu kategori insentif pendidikan iaitu untuk pendidikan teknikal.

Menurut Chambai, sebelum ini atau kebiasaann­ya insentif pendidikan sering diberikan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik sahaja.

“Selepas ini atau tahun depan, SDNU Sibu menyediaka­n insentif pendidikan kepada pelajar cemerlang dalam bidang teknikal.

“Ini merupakan satu perangsang kita kepada mereka, ibu bapa serta seluruh keluarga mereka mencontohi kejayaan mereka,” katanya.

Menyentuh mengenai kehadiran lebih 1,000 hadirin ke majlis itu, Chambai berpendapa­t ia menunjukka­n masyarakat Dayak bersatu padu antara satu sama lain.

“Kita di Sibu menghadiri majlis ini dari pelbagai tempat dan kawasan dengan satu objektif meraikan Hari Gawai Dayak bersama sebelum meraikanny­a di rumah panjang masing-masing pada 1 Jun ini,” jelasnya.

 ??  ?? ERAT PERPADUAN: Jamit (duduk tengah), Chambai (berdiri, lima kiri) serta hadirin menunjukka­n semangat perpaduan pada Majlis Pra-Gawai Dayak Sibu 2018, malam kelmarin.
ERAT PERPADUAN: Jamit (duduk tengah), Chambai (berdiri, lima kiri) serta hadirin menunjukka­n semangat perpaduan pada Majlis Pra-Gawai Dayak Sibu 2018, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia