Utusan Borneo (Sarawak)

CNS berharap kerajaan PH bayar baki RM500 yang merupakan bayaran khas menjelang Aidilfitri

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS)NegeriSara­wak (CNS), tetap menaruh harapan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dapat membayar baki insentif yang lepas kepada penjawat awam di seluruh negara.

Pengerusin­ya Ahmad Malie berkata baki insentif berkenaan berjumlah RM500 merupakan bayaran khas menjelang Aidilfitri atau jumlah yang lebih besar daripada itu.

“Walaupun kerajaan telah berubah, CUEPACS Negeri tetap menaruh harapan agar kerajaan PH sekarang dapat meneruskan pembayaran baki insentif yang lepas iaitu RM500 sebagai bayaran khas menjelang Aidilfitri atau jumlah lebih besar.

“Ini memandangk­an kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dikenali sebagai kerajaan yang prihatin kepada rakyat,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Ahmad yang juga presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) turut merayu agar pembayaran ini melibatkan semua penjawat awam sekiranya kerajaan bersedia membuat pembayaran tersebut.

“CUEPACS Sarawak senada dengan kenyataan Presi- den CUEPACS Kebangsaan Datuk Azih Muda merayu kerajaan di bawah kepimpinan Mahathir (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) dapat merealisas­ikan pembayaran khas itu kepada semua penjawat awam.

“Semoga pembayaran ini menjadi realiti, sekurangku­rangnya dengan adanya pembayaran ini, akan dapat menggembir­akan penjawat awam yang memerlukan,” tambahnya.

Jumaat lepas BERNAMA melaporkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebagai berkata kementeria­nnya akan mengusulka­n cadangan kepada Perdana Menteri berkenaan bantuan Aidilfitri yang bakal menjelang.

Guan Eng berkata cadangan itu akan diutarakan bagi membantu penjawat awam bergaji rendah menyediaka­n persiapan menyambut Aidilfitri.

Walaupun kerajaan telah berubah, CUEPACS Negeri tetap menaruh harapan agar kerajaan PH sekarang dapat meneruskan pembayaran baki insentif yang lepas iaitu RM500 sebagai bayaran khas menjelang Aidilfitri atau jumlah lebih besar. ” Ahmad Malie Pengerusi CNS

“Untuk hari raya ini, ada yang bertanya (tentang bantuan) tapi saya harap tuan-tuan dan puan-puan bertimbang rasa kerana keadaan ekonomi (negara) yang kurang baik,” katanya ketika menghadiri Majlis Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n itu.

Tambahnya, bantuan tersebut ditujukan kepada golongan berjawatan rendah dan jumlah bantuan itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri.

 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia