Utusan Borneo (Sarawak)

Wakil Sabah, Sarawak perlu dalam kabinet Ia bagi memastikan Sabah dan Sarawak tidak ketinggala­n dari segi kemajuan, kata Wan Zain

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu melantik wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak dalam barisan penuh kabinet bagi melicinkan pentadbira­n.

Pemerhati Politik Datuk Wan Zain Syed Mohdzar berkata, adalah perlu kerajaan Pakatan Harapan (PH) mempertimb­ang wakil rakyat Sarawak menjadi menteri atau timbalan menteri.

“Parti campuran PH di Sarawak juga telah menyumbang kepada kemenangan PH di Putrajaya, maka seeloknya wakil rakyat ini dilantik dalam barisan kabinet,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Wan Zain berkata, amat perlu wakil rakyat Sarawak berada dalam barisan penuh kabinet supaya Sabah dan Sarawak juga tidak ketinggala­n dari segi kemajuan.

“Pengumuman peringkat pertama barisan kabinet tidak menyaksika­n mana- mana wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak.

“Namun, kita berharap dalam tempoh dua minggu lagi barisan penuh kabinet menyaksika­n dua atau tiga wakil rakyat dari Sarawak dilantik jadi menteri dan timbalan menteri,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa pelantikan itu perlu kerana banyak urusan melibatkan pentadbira­n kerajaan persekutua­n dan negeri perlu diselesaik­an bersama.

“Banyak perkara yang harus diketengah­kan dengan melihat masalah rakyat Sarawak yang masih banyak ketinggala­n dari segi infrastruk­tur luar bandar,” tegasnya.

Sementara itu, Barisan Nasional (BN) Sarawak perlu membentuk perikatan baharu bagi mewujudkan kerjasama erat dengan PH di peringkat pusat.

“Perikatan Sarawak contohnya, boleh dilakukan berikutan keadaan politik

Datuk Wan Zain Syed Mohdzar Pemerhati Politik

semasa dan ia memberi manfaat kepada hubungan dua hala antara persekutua­n dan negeri,” jelasnya.

PH juga perlu menunaikan kesemua manifesto yang dijanjikan kepada rakyat termasuk menyerahka­n semula hak- hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang kian terhakis.

Sementara itu, Dr Mahathir menegaskan bahawa senarai penuh anggota kabinet lain akan diumumkan dalam tempoh dua minggu ini.

Ia kerana terdapat beberapa kementeria­n lain yang sangat penting seperti Kementeria­n Luar.

 ??  ?? WAN ZAIN
WAN ZAIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia