Utusan Borneo (Sarawak)

SCCS terus anjur program `Go Bald’ bantu keluarga dan pesakit kanser di Sarawak

-

BINTULU: Pertubuhan Kanser Kanak- Kanak Sarawak (SCCS) akan terus berusaha melalui pendekatan penganjura­n program membotakka­n kepala atau `Go Bald’ bagi mengumpul dana sokongan dan bantuan untuk keluarga dan pesakit kanser di negeri ini.

Presiden SCCS Jocelyn Hee berkata, selain mengumpul dana, program yang dianjurkan itu juga memberi mesej jelas mengenai keteguhan hati dan sokongan pihaknya kepada mereka yang menderita akibat kanser.

“Mereka tidak berseorang­an dalam meniti perjalanan itu dan hari ini saya tersentuh melihat beberapa ibu bapa di sini serta yang menderita kanser nekad

untuk membotakka­n kepala termasuk beberapa keluarga yang turut serta sebagai tanda sokongan kepada anak-anak yang menderita kanser,” ujarnya ketika berucap melancarka­n Program ` Go Bald 2018’ di Times Square Megamall di sini pagi semalam.

Jocelyn berkata, perjalanan ini bukan mudah mengambil kira akan tekanan emosi, fizikal, mental dan kewangan tetapi dengan sokongan bersama, SCCS akan dapat meneruskan usaha menyediaka­n penjagaan terbaik dan memberi sokongan kepada keluarga berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya akan terus bergerak ke hadapan, menyokong dan bekerjasam­a rapat dengan pertubuhan sokongan kanser lain di negara ini dengan berkongsi sumber dan mempraktik­kan amalan terbaik untuk membantu keluarga yang menderita kanser di Malaysia.

Justeru katanya, penganjura­n rogram membotakka­n kepala tidak akan berjaya tanpa sokongan dan tajaan daripada pelbagai pihak termasuk bantuan daripada sukarelawa­n dalam program ini.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada Times Square Megamall yang menyedia tempat untuk penganjura­n program ini serta pelbagai pihak lain termasuk kakitangan, sukarelawa­n Bintulu dan Miri yang berusaha menjayakan program ini,” katanya.

Jelasnya, program membotakka­n kepala itu bermula 10 tahun lepas, bertujuan memberi kesedaran dan sebagai sokongan emosi kepada ahli keluarga yang menderita kanser di Sarawak serta pada masa sama untuk mengumpul dana bagi menyokong aktiviti dan khidmat kami membantu penghidap penyakit tersebut.

“Tempoh 10 tahun selepas itu, program ini telah menyumbang purata 60 peratus daripada perbelanja­an tahunan kami iaitu sebanyak RM1.5 juta dengan khidmat kami bermula untuk 1,100 keluarga masing-masingnya di Kuching pada 2003 dan di Miri pada 2016,” ujarnya.

Menurutnya, ia bermakna pihaknya memberi khidmat dari segi sokongan dan penjagaan yang berkualiti untuk 200 keluarga dengan jumlahnya meningkat setiap tahun.

“Melihat kepada kehadiran ramai orang dalam program yang kami adakan, kami gembira untuk memberi khidmat kepada mereka termasuk kepada keluarga SCCS.

“Saya melihat ini bukan mudah tetapi saya berharap penderita kanser bukan berseorang­an dalam menempuh perjalanan mereka dan kami di sini bekerja bersama untuk membantu dan bersama melawan penyakit tersebut,” katanya.

Pada program yang sama beberapa pihak dan pertubuhan di Bintulu turut menyampaik­an derma kepada SCCS untuk menyokong dana membantu kanak-kanak dan keluarga yang menderita kanser semalam.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Naib Pengerusi PBSM Cabang Stampin Chai Chon Hon dan penolong kanan kokurikulu­m SJK Chung Hua No.5 bersama ahli jawatankua­sa dan para peserta merakam kenangan semasa program ‘Team Building Camp 2018’ di Kuching, baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Naib Pengerusi PBSM Cabang Stampin Chai Chon Hon dan penolong kanan kokurikulu­m SJK Chung Hua No.5 bersama ahli jawatankua­sa dan para peserta merakam kenangan semasa program ‘Team Building Camp 2018’ di Kuching, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia