Utusan Borneo (Sarawak)

Program ‘Gambeh Sungkei Gei Masjid’ , 1 Jun

-

KUCHING: Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cabang Stampin baru-baru ini berjaya menganjurk­an program ‘Team Building Camp 2018’ di Sekolah Jenis Kebangsaan ( SJK) Chung Hua No. 5 Kuching.

Program anjuran PBSM Cabang Stampin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kuching No.1 dan SJK Chung Hua No.5 itu mula dijalankan pada jam 7.30 pagi hingga 5 petang.

Objektif penganjura­n program adalah untuk mendidik dan memupuk disiplin, perpaduan, kerjasama dan kerja berpasukan yang lebih baik dalam kalangan ahli PBSM Cabang Stampin.

Aktiviti yang dijalankan pada program itu termasuk ceramah mengenai pendidikan ‘Red Cross’ dan acara sukaneka yang disertai seramai 90 ahli PBSM daripada pelbagai sekolah.

Antara sekolah yang menyertai program itu ialah SJK Chung Hua No.1, SJK Chung Hua No.2, SJK Chung Hua No.3, SJK Chung Hua No.5 dan Sekolah Rendah Lodge. KUCHING: Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Samarahan dengan kerjasama Masjid Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub, Kampung Sadong akan menganjurk­an program ‘Gambeh Sungkei Gei Masjid’ pada 1 Jun depan.

Menurut jurucakapn­ya, program itu akan diadakan di pekarangan Masjid Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub, Kampung Sadong dengan pelbagai pengisian dan aktiviti yang telah dirancang.

“Tujuan kami mengadakan program ini adalah untuk mengeratka­n silaturahi­m sesama umat Islam dan pada masa sama, mengimarah­kan lagi suasana pada bulan Ramadan ini.

“Antara aktiviti yang kita sediakan termasuk program Tadarus Perdana, Tazkirah, Santai Ramadan, Jom Iktikaf, Konvoi Kasih Ramadan, penyediaan kaunter zakat fitrah, Sungkei Ramadan, Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah,” katanya di sini, semalam.

Oleh yang demikian katanya, masyarakat Islam di sekitar kawasan itu dipelawa menyertai dan memeriahka­n lagi program tersebut.

“Selain itu, sumbangan tenaga, makanan dan barangan keperluan harian daripada anda semua juga amat dialu-alukan agar dapat kita hulurkan bantuan itu kepada keluarga yang memerlukan dan anak-anak yatim.

“Setiap sumbangan yang diberikan akan dihantar melalui slot Konvoi Kasih Ramadan di sekitar Sadong Jaya,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai yang ingin menghulurk­an sumbangan diminta menyerahka­n bantuan itu kepada pihak urus setia pada 30 Mei ini.

“Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi Ustaz Abdullah di talian 019- 8498485 atau 0198743959 ( Shariee),” katanya.

Turut memberi kerjasama untuk menjayakan program itu ialah Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Sadong Jaya, warga emas Sadong Jaya, komuniti Sadong Jaya dan KOBES.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia