Utusan Borneo (Sarawak)

Langkah mewujudkan caruman KWSP untuk suri rumah amat dialu-alukan, kata Christina

-

KUCHING: Kumpulan Pemikir Dayak (DTTG) mengalu- alukan langkah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mewujudkan caruman dua peratus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP) untuk golongan suri rumah.

Ketua Wanita DTTG Miri Christina Kelit berkata, caruman dua peratus daripada gaji suami dan RM50 daripada kerajaan adalah pengiktira­fan terhadap pengorbana­n suri rumah kepada keluarga dan masyarakat.

“Saya mengalu- alukan tindakan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang memandang serius perkara ini dan akan membawa berbincang dengan KWSP untuk merangka mekanisme terbaik untuk skim caruman ini.

“Saya percaya dasar yang progresif memerlukan keazaman politik yang kuat untuk melaksanak­annya,” katanya menerusi kiriman kenyataan semalam.

Tambah Christina, di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) beliau unjurkan div- iden KWSP boleh mencecah sebanyak 7.35 peratus.

Katakan gaji seorang suami berjumlah RM2,500, caruman 2 peratus bulanan KWSP adalah sebanyak RM50 sebulan.

Jika mekanisme pemberian RM50 daripada dana kerajaan diberikan secara bulanan, ini bermakna sebanyak RM100 sebulan akan dicarumkan kepada seorang suri rumah.

Dalam masa setahun, jelasnya jumlah caruman yang dikumpul adalah sebanyak RM1,200.

Jika dicampurka­n dengan kadar dividen tahunan se- banyak 7.35 peratus, maka jumlah terkumpul caruman tahunan dalam akaun KWSP suri rumah berjumlah RM1,288.20.

Ini belum lagi mengambil kira kadar kenaikan gaji tahunan dan kadar inflasi.

Jika kadar kenaikan gaji meningkat, kadar inflasi menurun, nilai mata wang ringgit meningkat, kadar pelaburan langsung asing (FDI) meningkat, nescaya jumlah caruman KWSP untuk suri rumah juga meningkat.

Justeru, skim caruman KWSP untuk suri rumah ini adalah untuk membantu me- martabatka­n kebajikan suri rumah dan simpanan untuk bekalan hari tua kelak.

 ??  ?? CHRISTINA
CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia