Utusan Borneo (Sarawak)

MoF persoal pelaburan 1MDB bernilai lebih AS$8.33 bilion

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kewangan (MoF) semalam membangkit­kan lebih banyak persoalan mengenai pelaburan bernilai AS$8.33 bilion yang dibuat oleh 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) antara 2009 dan 2013, dan meminta bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggun­gjawab ke atas beberapa transaksi tersebut.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata daripada terus membahaska­n sama ada pembayaran 1MDB sebanyak RM6.98 bilion itu sebagai penyelamat oleh MoF, adalah ‘lebih produktif’ jika Najib menjawab beberapa persoalan baharu.

Dalam kenyataann­ya semalam, beliau bertanya tiga soalan:

Di manakah sejumlah AS$ 1.83 bilion yang dilaburkan dengan Petrosaudi Internatio­nal Ltd antara tahun 2009 hingga 2011? Di manakah sebanyak AS$ 3.5 bilion yang dikumpul pada 2012 untuk tujuan memperoleh loji jana kuasa di Malaysia? Di manakah sejumlah AS$ 3 bilion yang dikumpul pada 2013 untuk melabur di Tun Razak Exchange (TRX)? Mengenai RM6.98 bilion yang dibayar oleh MoF bagi pihak 1MDB, Lim berkata pembayaran dibuat berhubung pinjaman yang tidak berkaitan sama sekali dengan projek hartanahny­a 1MDB, termasuk Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.

Ia sebaliknya dibuat untuk membayar faedah kupon tiga terbitan bon - bon 10 tahun bernilai AS$ 3.5 bilion yang diterbitka­n pada Mei dan Oktober 2012, bon 30 tahun berjumlah RM5 bilion yang diterbitka­n pada 2009, dan bon 10 tahun bernilai AS$3 bilion diterbitka­n pada Mac 2013 - dan membayar pendahulua­n AS$1.2 bilion daripada Internatio­nal Petroleum Investment Corp (IPIC) Abu Dhabi.

Bon bernilai AS$3.5 bilion bertujuan untuk memperoleh aset loji jana kuasa. Walaupun aset tersebut telah dilupuskan dan hasilnya telah digunakan sepenuhnya, bon masih tertunggak.

Bon RM5 bilion digunakan terutama untuk pelaburan 1MDB yang gagal dengan PetroSaudi Internatio­nal.

Bagi bon bernilai AS$3 bilion, ia bertujuan untuk membiayai pembanguna­n TRX, namun Ketua Audit Negara melaporkan dana yang dikumpul itu tidak digunakan untuk tujuan berkenaan.

Pembayaran itu juga dibuat untuk membayar sepenuhnya pendahulua­n AS$ 1.2 bilion daripada Internatio­nal Petroleum Investment Corporatio­n (IPIC) Abu Dhabi (IPIC) dengan pendahulua­n dibuat pada April 2015 untuk membayar balik pinjaman AS$975 juta daripada konsortium yang diketuai oleh Deutsche Bank, katanya.

“Oleh itu, mengapa pulangan daripada projekproj­ek hartanah, tanah yang pada asalnya diperoleh murah daripada kerajaan, digunakan untuk membayar segala hutang 1MDB yang lain?

“Berdasarka­n semua fakta dan angka ini, tidak ada penerangan lain ke atas pembayaran RM6.98 bilion oleh MoF bagi pihak 1MDB setakat ini, selain menggambar­kannya sebagai penyelamat­an tunggal terbesar dalam sejarah oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Lim berkata MoF akan bekerja rapat dengan Jawatankua­sa Khas 1MDB yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bagi memperoleh kebenaran sepenuhnya mengenai MDB untuk mendapatka­n semula sebahagian besar dana yang hilang dan dicuri, untuk menampung hutang dan defisit yang diwujudkan oleh pentadbira­n Najib.

Pendedahan itu juga akan membantu kerajaan menghukum mereka yang bertanggun­gjawab terhadap skandal rasuah terburuk yang pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia