Utusan Borneo (Sarawak)

Gobind sedang teliti kejadian libatkan sistem komunikasi menjelang PRU14

-

KUALA LUMPUR: Beberapa kejadian seperti serangan BOT terhadap telefon bimbit semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas serta laporan tentang arahan tertentu yang didakwa dikeluarka­n bagi melakukan sekatan terhadap portal dalam talian pada malam hari mengundi, menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Turut menjadi perhatian beliau ialah penceroboh­an terhadap data peribadi yang dilapor menjejaska­n berpuluh juta pelanggan telefon bimbit.

“Saya telah meminta laporan tentang beberapa insiden itu daripada kementeria­n saya,” kata Gobind dalam catatan melalui Facebook dan Twitternya.

Beliau berkata ia termasuk aduan berkaitan panggilan spam daripada nombor tidak dikenali kepada telefon ahli politik daripada kedua-dua pihak pada hari mengundi, yang dikatakan telah menghalang mereka untuk berkomunik­asi dengan jentera pilihan raya masingmasi­ng.

Menurut Gobind, beliau akan mengkaji semula peruntukan tertentu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta memberi pertimbang­an terhadap cadangan agar peruntukan berkenaan dipinda.

“Saya sedia menerima cadangan daripada semua pihak tentang perkara ini dan saya akan menghubung­i En Eric Paulsen dari Lawyers for Liberty dan Majlis Peguam untuk berbincang mengenainy­a,”’ kata beliau.

Menurut laporan, Lawyers for Liberty meminta menteri berkenaan menyiasat salah laku yang didakwa dilakukan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan memastikan suruhanjay­a itu bertanggun­gjawab terhadap perbuatan tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia