Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga warung dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh

-

KUALA TERENGGANU: “Jangan sesekali kita ambil kuasa undang-undang, seolah-olah melaksana ‘undang-undang rimba’ hingga meragut nyawa orang lain meskipun dalam keadaan marah,” kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini Datuk Zainal Azman Ab Aziz.

Beliau berkata demikian dalam penghakima­nnya terhadap seorang peniaga warung Zulkifli Ismail, 52, yang didakwa membunuh Zulkefle Abdullah, 40 dan mencederak­an seorang orang kurang upaya (OKU) Faizul Awang, 33, yang kudung kaki kanan, pada 2015.

Zainal Azman semalam telah menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas Zulkifli bagi kesalahan membunuh manakala hukuman penjara 14 tahun dari tarikh tangkap iaitu 7 Dis 2015 bagi kesalahan menyebabka­n kecederaan setelah pihak pendakwaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah.

Dalam penghakima­n kes tersebut, Zainal Azman berkata tertuduh tidak sepatutnya mengambil tindakan sendiri sebaliknya perlu menghubung­i polis dan kemudianny­a mahkamah akan bertanggun­gjawab menetapkan sebarang hukuman.

“Banyak berlaku di negara ini (kes sedemikian). Sesiapa juga jangan ambil alih kuasa polis dan mahkamah. Janganlah bila marah kita cepat ambil parang. Jangan sesekali kita ambil kuasa undang-undang,” katanya.

Tertuduh didakwa melakukan kedua- dua kesalahan tersebut di kawasan rumah tidak bernombor Jalan Kemaman-Dungun, Kampung Labohan Kerteh, Kemaman, kira-kira jam 10.30 pagi 7 Dis 2015.

Sebelum menjatuhi hukuman, Zainal Azman berkata berdasarka­n keterangan 24 saksi pendakwaan dan tertuduh sendiri yang dipanggil membela diri serta hujah kedua- dua pihak, beliau mendapati tertuduh bukanlah mangsa dalam kes tersebut meskipun timbul dakwaan kedua- dua mangsa cuba merompak beliau.

KatanyaZul­kiflitelah­menyerang kedua-dua mangsa yang sedang mencari besi buruk di kawasan sekitar tempat kejadian dan sekiranya tertuduh benar-benar terancam, sepatutnya telah bertindak menghubung­i polis kerana mempunyai telefon bimbit ataupun meminta bantuan daripada orang ramai kerana rumahnya berhampira­n dengan jalan raya.

“Tertuduh yang tiba di tempat kejadian telah datang dari arah belakang dan menikam dada kanan Faizul dan kemudianny­a meluru dan menikam dada si mati (Zulke- fle). Si mati cuba melarikan diri tetapi tertuduh bukan setakat mengejar mangsa sehingga 70 meter dengan parang tetapi tidak membenarka­n rakannya (Faizul) membantu si mati.

“Saksi juga menyatakan si mati sempat merayu sambil mengangkat kedua-dua tangannya supaya tertuduh berhenti mencederak­annya tetapi tidak dihiraukan,” katanya.

Zainal Azman juga berkata mahkamah mendapati tikaman yang dibuat ke atas si mati dan juga mangsa kedua bukanlah sesuatu perbuatan yang tidak disengajak­an ekoran mempertaha­n diri tetapi sebaliknya kerana tiada sebarang pergelutan dan provokasi berlaku sebelum tikaman dibuat dan kecederaan yang dialami juga adalah serius.

Pendakwaan telah dilaku- kan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud dan Syazwani Zawawi manakala tertuduh diwakili peguam Azizul Shariman Mat Yusoff dan Ariff Azami Hussein.

Kes pembunuhan ini telah mendapat perhatian ramai sebelum ini ekoran tular di media sosial yang mendakwa Zulkifli melakukan perbuatan tersebut kerana mempertaha­nkan diri daripada keduadua mangsa terbabit yang cuba merompak.

Kejadian tersebut membawa kepada penubuhan kumpulan ‘Selamatkan Zulkifli’ di laman sosial Facebook yang mencecah 71,000 ‘followers’ dengan menyiarkan pelbagai kenyataan negatif yang mempertika­i kuasa polis yang menangkap Zulkifli selepas kejadian dan proses perundanga­n. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HUKUMAN SETIMPAL: Zainal Azman menjatuhka­n hukuman gantung ke atas Zulkifli (tengah) bagi kesalahan membunuh manakala hukuman penjara 14 tahun dari tarikh tangkap iaitu 7 Dis 2015 bagi kesalahan menyebabka­n kecederaan setelah pihak pendakwaan gagal...
— Gambar Bernama HUKUMAN SETIMPAL: Zainal Azman menjatuhka­n hukuman gantung ke atas Zulkifli (tengah) bagi kesalahan membunuh manakala hukuman penjara 14 tahun dari tarikh tangkap iaitu 7 Dis 2015 bagi kesalahan menyebabka­n kecederaan setelah pihak pendakwaan gagal...
 ?? — Gambar Bernama ?? UTAMAKAN KESELAMATA­N: Pei Hong menunjukka­n dua jenis topi keledar yang boleh dan tidak boleh dipakai oleh penunggang dan pembonceng motosikal pada ProgramWaw­ancara Keselamata­n Jalan Raya di Pejabat JKJR dekat Alor Setar, semalam.
— Gambar Bernama UTAMAKAN KESELAMATA­N: Pei Hong menunjukka­n dua jenis topi keledar yang boleh dan tidak boleh dipakai oleh penunggang dan pembonceng motosikal pada ProgramWaw­ancara Keselamata­n Jalan Raya di Pejabat JKJR dekat Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia