Utusan Borneo (Sarawak)

Ramai pengguna jalan raya tidak tahu ‘titik buta’ kenderaan berat

-

ALOR SETAR: Lebih 80 peratus pengguna jalan raya di negeri ini tidak tahu tentang ‘titik buta’ yang ada pada kenderaan berat sehingga mengundang kecelakaan terutamany­a semasa musim perayaan, kata Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) Kedah, Chan Pei Hong.

Beliau berkata antara ‘titik buta’ yang tidak diketahui pemandu kenderaan dan penunggang motosikal ialah apabila memintas kenderaan berat tersebut.

“Setiap kenderaan ada titik buta sendiri, namun treler, bas dan lori kontena mempunyai titik buta yang sangat besar di mana pemandunya tidak boleh melihat kenderaan lain yang sedang memotong atau mengikutin­ya dengan terlalu rapat.

“Jika tidak mengambil langkah berjaga-jaga, pasti kemalangan maut boleh berlaku,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Walaupun kes kemalangan yang membabitka­n kenderaan berat masih kecil berbanding kes melibatkan motosikal dan kereta, beliau berkata ia tidak harus dipandang remeh oleh kerajaan.

Pei Hong berkata pada 2016, Kedah mencatatka­n 236 kes kemalangan membabitka­n kenderaan berat berbanding 250 kes pada 2014 dan 226 kes pada 2015.

“Saya menasihatk­an orang ramai supaya lebih berhatihat­i ketika memintas kenderaan berat dan memberikan ruang mencukupi untuk lori membelok dengan selamat dan menunggu dengan sabar apabila lori mengundur,” katanya.

Selain itu, beliau meminta pemandu kenderaan berat dan kenderaan lain supaya sentiasa membuat pemeriksaa­n teliti terhadap sistem brek, lampu sisi dan lampu belakang kenderaan agar berfungsi dengan baik pada sebelah malam. — Bernama

Tertuduh yang tiba di tempat kejadian telah datang dari arah belakang dan menikam dada kanan Faizul dan kemudianny­a meluru dan menikam dada si mati (Zulkefle). Si mati cuba melarikan diri tetapi tertuduh bukan setakat mengejar mangsa sehingga 70 meter dengan parang tetapi tidak membenarka­n rakannya (Faizul) membantu si mati. Datuk Zainal Azman Ab Aziz Hakim Mahkamah Tinggi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia