Utusan Borneo (Sarawak)

Harga barang keperluan di Ipoh stabil

-

ALOR SETAR: Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah semalam berkenan menyampaik­an sumbangan kepada 100 pesakit kanak- kanak di Hospital Sultanah Bahiyah.

Pengurus Besar Yayasan Sultanah Bahiyah ( YSB) Misbah Abdul Hamid berkata program anjuran bersama Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) Kedah itu bertujuan untuk memberi keceriaan kepada pesakit kanak-kanak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Ini adalah acara tahunan YSB setiap Ramadan dan sumbangan itu merupakan hasil sumbangan peribadi Tunku Temenggong dan dana YSB,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaia­n sumbangan berbentuk barangan keperluan dan wang tunai itu kepada pesakit kanak-kanak di wad Hospital Sultanah Bahiyah di sini, semalam.

Sementara itu, Misbah berkata pada 7 Jun ini pihak YSB akan menyampaik­an sumbangan kepada 300 penerima sempena sambutan raya akan datang. — Bernama IPOH: Harga barangan keperluan termasuk barangan basah dan kering di Pasar Besar Ipoh masih stabil, kata Ketua Pegawai Penguatkua­sa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Perak Shamsul Nizam Khalil.

Beliau berkata walaupun terdapat perubahan harga bagi barang basah seperti ayam, ikan dan daging, namun kenaikanny­a tidak mendadak.

“Ada barang harganya kekal seperti telur dan santan... walaupun berlaku harga berbeza antara peruncit, namun ia masih berada pada kadar yang stabil.

“Peniaga juga meletakkan tanda harga dan ini memudahkan pembeli untuk membuat pilihan berdasarka­n kemampuan,” katanya ketika ditemui selepas membuat pemeriksaa­n harga di pasar itu.

Beliau berkata sekiranya kenaikan harga berterusan, KPDNKK akan memastikan peratusann­ya tidak lebih sehingga margin berubah ketara daripada harga asas.

Tinjauan Bernama di pasar itu mendapati ayam segar dijual pada harga RM8.50 sekilogram, daging tempatan RM32 sekilogram, telur ayam gred A RM10.20, santan RM8 dan ikan kembung antara RM10 hingga RM12 sekilogram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia