Utusan Borneo (Sarawak)

28 jenis barangan dikesan naik harga KPDNKK Johor kesan peningkata­n harga barang antara empat hingga 50 peratus

-

JOHOR BAHRU: Harga kobis bulat import dari China dan cili hijau tempatan adalah antara 28 jenis barangan di negeri ini yang dikesan meningkat sejak operasi pemantauan harga pasaran dilakukan pihak berkuasa sejak empat hari lepas (23 Mei).

Ketua Pegawai Penguatkua­sa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an ( KPDNKK) Johor Aris Mamat berkata pihaknya mengesan peningkata­n harga antara empat hingga 50 peratus bagi 28 jenis barangan itu yang termasuk dalam 71 barangan yang dikategori­kan di bawah pemantauan ‘Price Watch’ .

Beliau berkata hasil tinjauan itu juga berdasarka­n pemantauan pihaknya yang dilakukan setiap hari ke lapan pasar awam utama di setiap daerah di negeri ini.

“Hasil tinjauan kita telah mendapati antara barangan yang mengalami kenaikan adalah kobis bulat import (dari China) dan cili hijau tempatan. Harga kobis bulat meningkat di beberapa lokasi iaitu kepada RM5 sekilogram (naik RM1 daripada harga sebelum ini) manakala cili hijau naik RM1 menjadi RM10 sekilogram.

“Namun, di sesetengah lokasi tertentu, harga bagi kedua-dua barang berkenaan menunjukka­n penurunan antara 50 sen hingga RM3 iaitu daripada RM4.50 kepada RM4 bagi kobis bulat dan RM13 kepada RM10 sekilogram bagi cili hijau,” katanya kepada pemberita selepas menjalanka­n pemeriksaa­n di Pasar Awam Larkin di sini, semalam.

Sementara itu, daripada 71 barangan yang berada di bawah pemantauan, 10 jenis barangan masih mengekalka­n harga yang sama, antaranya daging lembu tempatan, dag- ing kerbau import (India), kelapa parut, santan dan telur ayam.

Selain itu, 33 jenis barangan menunjukka­n penurunan harga antara 3.85 peratus hingga 41.67 peratus.

“Harga ayam bersih (standard) di beberapa pasar di negeri ini sebaliknya menurun 40 sen daripada RM8.20 kepada RM7.80 sekilogram,” tambahnya.

Aris berkata memandangk­an harga barangan tertakluk kepada pasaran terbuka, beliau mengesyork­an supaya pengguna menjadi ` pengguna bijak’ seperti membuat kajian sebelum membeli atau menggunaka­n aplikasi ‘`Price Catcher’.

“Sepanjang dua minggu lalu, tiada sebarang aduan diterima khusus mengenai kenaikan harga barang dan kita akan menjalanka­n siasatan dengan segera sekiranya menerima sebarang aduan mengenai peniaga menaikkan harga pada kadar tidak munasabah untuk kaut keuntungan

Hasil tinjauan kita telah mendapati antara barangan yang mengalami kenaikan adalah kobis bulat import (dari China) dan cili hijau tempatan. Harga kobis bulat meningkat di beberapa lokasi iaitu kepada RM5 sekilogram (naik RM1 daripada harga sebelum ini) manakala cili hijau naik RM1 menjadi

sekilogram.” RM10 Aris Mamat Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNKK Johor

agar tindakan boleh dibuat,” katanya.

Terdahulu, 68 anggota penguat kuasa KPDNKK Johor Bahru memeriksa 235 premis Pasar Awam Larkin dan 10 tindakan amaran dikeluarka­n bagi kesalahan membabitka­n tanda harga dan alat timbang sukat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Chin (kiri) mengadakan pemeriksaa­n harga barangan keperluan harian di Pasar Awam Jitra, Alor Setar semalam.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Chin (kiri) mengadakan pemeriksaa­n harga barangan keperluan harian di Pasar Awam Jitra, Alor Setar semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Aris (kiri) meninjau harga ikan ketika menjalanka­n pemeriksaa­n di Pasar Awam Larkin, Johor Bahru semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Aris (kiri) meninjau harga ikan ketika menjalanka­n pemeriksaa­n di Pasar Awam Larkin, Johor Bahru semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia